" Saya hantar awak pulang. Seperti apa yang awak cakap, let's forget everything from the start. Let's end this."
" Tentang apa yang berlaku malam ni pun, lupakan sahaja. Ia sepatutnya mudah untuk awak bukan? Melupakan."
L memusingkan stereng untuk berpatah balik,menghantar aku pulang ke rumah.
" Saya mengerti yang awak sedang melepaskan kemarahan awak terhadap saya. Sebab itu juga, awak jadi tidak rasional seperti ini. Ini..bukan diri awak yang sebenarnya."
Akhirnya aku bersuara.
" Tetapi, melibatkan orang lain dalam kemarahan itu ia tidak patut. Awak boleh menghukum saya, tetapi tolong selamatkan dia."
" Tidak patut? Selamatkan dia? Dalam keadaan beginipun awak masih fikirkan orang lain.. awak .." Kata-kata L terhenti.
Dia memandang ku.
Di bawah cahaya lampu jalan, air mata yang ku sembunyikan dari L, mengalir di pipi. Aku cuba menghentikannya tetapi ia terus menerus mengalir , teresak-esak. Dan yang lebih sukar. Adalah aku tidak pasti mengapa kesedihan ini hadir. Adakah disebabkan aku terdesak betul- betul ingin menyelamatkan wanita tadi?Atau aku terasa hati dengan kata-kata L serta tuduhannya yang pedih menyakitkan hati itu?
Atau.. mungkin...
<Saya benci jenis orang seperti awak ini.>
Aku tidak ingin dia membenci ku. Perasaan ini, aku tidak mengerti. Sepertinya aku tidak mahu kehilangannya. Sepertinya aku memerlukan dia.
L mengetap bibir. " Dammit! hold tight.."
Kereta dipandu selaju lajunya, kembali mengejar kereta mazda merah yang sudah jauh meninggalkan kami.Sebaik dapat mengejar kereta itu, L terus memotong kereta mazda merah itu, menghalang dan memberhentikannya.
L menghulurkan telefon bimbitnya padaku.
" l'm sorry."
" It's my fault, not yours."
Dia mengesat air mata di pipiku.
L keluar dari kereta.
Aku lihat pemandu kereta mazda merah pun turut keluar dari keretanya. 3 orang lelaki india. Masing- masing membawa kayu besbol, dan salah seorang aku lihat memegang pisau.
"Hallo abang... ini hal keluarga kita jangan masuk campur." salah seorang dari mereka memberi amaran.
Aku memandang sekeliling dengan harapan ada kereta lain yang lalu di sini. Tiada!
L pula memberi isyarat agar aku mengunci pintu kereta dari dalam.
Aku telan air liur.
"Actually I'm in a bad mood. And I don't like when she cry, so..." dia menghampiri mereka ,tanpa rasa takut. Ada senyuman sinis di wajahnya.
Pantas aku dial 999.
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...