Waktu kereta ini meninggalkan perkarangan mall baru aku sedar sesuatu. Iaitu aku tidak kenal lelaki ini dan aku buta buta mengikutnya. Entah- entah lelaki ni perompak, mungkin penculik, lebih teruk lagi, seorang perogol!
Bagaimana aku boleh menyerah diri macam ni? Bodohnya!
Entah ke mana die nak bawa aku.
Mungkin dia menipuku, bukannya membawa ku ke hospital?
Aku jeling pada telefon bimbit ku yang masih dalam pegangannya.
Seriusly, aku terperangkap.
Nafasku mulai tak keruan. Dadaku mulai terasa sesak. Malah peluh dingin mulai menitik di dahi. Macam-macam perkara buruk terlintas di benak fikiran.
Aku genggam beg tangan kuat kuat.
Ubat anxiety aku masih ada. Should i take it?
Tapi walaupun aku mengambilnya, perkara buruk masih akan berlaku , bukan? Aku perlukan pertolongan! Aku akan dikidnap dan dibunuh!
" Itu signboard hospital. Lagi 10 minit akan sampai. Saya juga dah message Dr.Asnidar awak tu, beritahu yang kita on the way."
Tiba-tiba dia membuat penjelasan. Telefon bimbitku juga dikembalikan.
Aku semak message terakhir dengan Dr.Asnidar.
Sama seperti dijelaskan dia. Dia tidak bohong. Bahkan, Dr.Asnidar pun sudah membalas message itu.Aku menarik nafas lega. Rasa hampir nak panik tadi berlalu pergi.
"Lebih selesa bukan?" tanya dia seakan mengetahui apa yang berlaku pada diriku sebentar tadi.
" Ah, ya, terima kasih." jawabku.
Dia diam.
Aku salah cakap ke?
Perjalanan kami diteruskan tanpa adanya perbualan antara kami. Dia memandu, sementara aku memerhatikan langit dan awan dari jendela kereta ini.
Perhatianku tertarik pada sekawan burung yang sedang terbang bebas. Bagaimana rasanya ada teman? Berada dalam satu geng? Aku.. tak pernah merasainya. Aku selalu sendirian.
Grukkk.....
Aku terkejut.
grukkk grukk grukkk...
Sekali lagi perut ku berbunyi, lapar. Lupa pula sejak pagi lagi, aku belum menjamah apa-apa pun makanan. Aku terlalu risau dengan tugasan Dr.Asnidar hari ini hingga terlupa.
Aku pandang jam di kereta. Pukul 5 petang.
Grukkk....
Kali ini lebih kuat lagi. Malunya!
Cepat-cepat aku tutup perut ini, dengan harapan yang ia tidak akan berbunyi lagi.
"hmmm...."
Aku dengar dia mengeluh panjang bagaikan memikirkan sesuatu.
Kereta tiba- tiba masuk ke satu simpang lorong kecil.
Di situ dia membuat pusingan U."Now I'm hungry too. Jom makan dulu." ajaknya seraya memandu ke tempat lain.
Aku lihat raut wajah itu,ceria.
??
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...