8-First Attack

36 4 0
                                    

Flashback~

Aku terkejut apabila selesai kami habis makan, dia mengatakan yang dia ingin shopping pula.

Sedangkan tujuan asal tadi hanya untuk isi perut kemudian terus ke hospital! Bagaimana pula dia sesuka hati tukar plan ni?

" Join me." dia mempelawaku, lembut.

Aku boleh sahaja beredar begitu sahaja. Dan itulah yang aku lakukan - menolak pelawaannya.  Tetapi, sebaik sahaja aku melangkah keluar dari restaurant Arabian yang terletak di dalam mall mewah ini, tubuhku menjadi kaku.

Terpacak di muka pintu restaurant, bagai kan ada satu halangan besar di depanku.

Kemudian, barulah aku menyedari yang di  depanku kini adalah satu zon asing.- Sebuah mall yang penuh dengan orang!

Empat tahun aku tidak pernah keluar ke tempat awam. Tiada direct contact dengan masyarakat seperti ini. Malah, selama ini, segala keperluan ku hanya guna delivery online sahaja. Komunikasi ku pulak terhadku hanya dengan Dr.Asnidar.

Namun , hari ini, pertama kalinya aku berada di sini, di kalangan mereka. People!

Pandangan ku mulai terasa berpinar-pinar. Macam mana aku nak lalui 'lautan' manusia ini?

Panik!

Cemas!

Aku tarik nafas sedalam-dalam mungkin dan cuba berfikir positif.

Ah, aku ada ubat! Walaupun Dr Asnidar sudah pesan agar aku tidak terlalu bergantung pada ubat tenang itu selalu, tetapi ini kecemasan, bukan? Baru sahaja aku ingin mengeluarkan ubatku, seseorang menghampiriku.

Dia.

"Jadi, awak nak ikut saya shopping tak? " tanya dia selambar.

Lelaki ini adalah satu-satunya insan yang aku kenal di tempat asing ini. Mungkinkah aku boleh mengharungi 'lautan manusia' ini jika aku bersetuju mengikutnya?

Nanti apabila aku nampak pintu keluar, aku akan tinggalkan dia dan terus balik. Aku akan order grab melalui telefon yang sudahpun dia kembalikan dan terus pulang ke rumah.

Pulang ke tempat selamatku.

My safe zone.

~Itu fikirku. Itu niat licik ku.

"Baiklah." jawabku perlahan.

Lebar terus senyum di wajahnya. Again, he look so sweet. Manis, and good looking.

Kami keluar dari restaurant dengan aku mengekori langkahnya dari belakang.

tetapi

.

.


ah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ah..

Diriku dilanggar seorang wanita yang kemudiannya berlalu tanpa minta maaf. Ok, aku faham. Mungkin salahku sebab berjalan menunduk pandang ke lantai, sehingga tidak menyedarinya.

Bam..

Kali ini bahuku pula berlanggar dengan seseorang.

"Fokus, Sya.. fokus." kataku, memberanikan diri mengangkat wajah ini, memandang ke depan. Dan tanpa kusangka, di depanku, satu kumpulan remaja sedang berjalan ke arah ku. Lebih kurang 10 orang. Mungkin lebih!

Aku cuba mengelak dari bertembung mereka. Tetapi, entah mana silapnya, sekelip mata sahaja aku sudah berada di kalangan mereka. Dikerumuni mereka. Suara gelak tawa mereka memenuhi ruang telinga ku. Bergema , menakutkan.

Nafasku terasa pendek.

Semput dan sukar bernafas!

Sorry.

Seorang remaja perempuan yang ala instafamous,terlanggar diriku. Dia meminta maaf tapi suaranya kedengaran sayup-sayup di cuping telinga ku yang sedang berdesing bingit.

Aku pantas mencari sosok tubuh 'dia' yang ku ekori.

Tiada!

Dia sudah pun hilang ditenggelami lautan manusia ini.

Aku mulai cemas.

Kumpulan remaja tadi sudahpun jauh meninggalkan aku.
Kini,tinggal lah aku sendirian. Dikelilingi orang-orang asing yang tidak ku kenali.

Dan bagaikan mesin yang rosak, tubuh ni tiba-tiba berhenti. Ia mengigil. Tersangat kuat. Walaupun aku memeluk tubuh ini, rasa gementar ini tidak hilang.

Panik!

Aku genggam beg tanganku. Rasa mual yang tak tertahan dan pandangan ku mulai berpinar- pinar ingin pitam.

Aku perlukan ubatku segera! Cepat!

Tetapi sekuat manapun gesaanku, tangan ini seakan tiada daya untuk bergerak membuka beg. Aku ingin menjerit, meminta bantuan, tetapi suaraku pula bagaikan tersekat di anak tekak. I feel so hopeless~

" Sini."

Tubuhku ditarik seseorang, rapat ke dalam pelukannya.
hangatnya...pelukan ini~ Rasa takut yang meyelubungi diri ini hilang.

Aku mendongak memandang wajah penyelamatku ini.

Dia.

Lelaki ini rupanya telah berpatah balik untuk mendapatkanku.

" Dah okey dah?" dia melepaskan pelukannya. Anak mata itu memandangku dalam kerisauan. Dia,risaukan aku kah?~

"Pegang tangan saya dan jangan lepaskan."

Dia memegang tangan ku lalu memimpin ku pergi.

Selesa~

Genggaman tangannya buat aku terasa selesa.

Cermin Cinta NarcissusWhere stories live. Discover now