42- Sengaja

24 4 0
                                    

Aku turun dari tingkat atas book cafe dan mendekati L yang  sedang duduk membaca buku di tingkat bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku turun dari tingkat atas book cafe dan mendekati L yang  sedang duduk membaca buku di tingkat bawah.  Book cafe ini mempunyai dua tingkat, tingkat atas menempatkan library dan tingkat bawah pula menempatkan cafe dan beberapa bacaan ringan.

Aku lihat ke luar. Hari rupanya sudah menganjak ke senja. Aku tidak perasan. Terlalu leka di atas hinggakan terlupa yang dia pun ada di sini.

Tambahan pula, sejak tadi, aku perasan tak ramai pengunjung ke sini. Tidak sesak, tidak ramai orang, tidak bising, sedangkan book cafe ini sedang viral di media sosial.

Mungkin sebab itulah, aku boleh berjam-jam berada di sini, selesa,  sepertinya berada di dalam zon selamatku.

Aku pandang L.

Ya, berjam-jam di sini dan dia setia menungguku. Tidak mengesaku. Tidak menganggu. Dia biarkan aku enjoy this moment sehingga aku puas hati.

Aku tidak faham L.

Seketika dia seorang yang suka push -push orang, mementingkan diri, sinis dan suka mempermainkan orang.

Dan seketika, dia menjadi seorang yang charming, sweet dan memahami ;Contohnya bila dia sentiasa ada di sisiku saat ku perlukan dia.

Make me feel, comfortable.

"Nah."

Aku letak air kotak oren di meja , depannya. Aku beli dari vending machine tadi. Dia mendongak dan sebaik melihatku, dia terus tersenyum gembira. Selalu begitu.
Keceriaan nya ini buatkan aku terasa segan. Apa yang dia lihat pada diriku?

"Lama ke awak tunggu saya?"

Dia tidak menjawab, sebaliknya segera mengambil air dan meminumnya. Bagaikan haus. Mungkinkah dia tidak menjamah apa-apa pun ketika menunggu aku tadi? Ni kan book cafe! And it's been a half day!

"Awak tak makan apa-apa ke dari tadi? Haish.. awak ni.. kalau jadi apa -apa macam mana?" Risauku.

"Awak nak makan apa? Saya orderkan." kataku sambil melangkah nak ke kaunter cafe yang hanya beberapa jarak je dari sini.

Kemudian aku tersentak. Langkahku terhenti. Aku kaku memandang cashier yang sedang menanti di kaunter pesanannya.

What is happening to me?

Saat ini, aku sendiri sedang menawarkan diri untuk pergi kepada orang yang aku tidak ku kenali. Bercakap, berinteraksi dengan orang asing. Sesuatu yang aku tidak pernah buat sendiri, tanpa dipaksa. Buat sementara waktu tadi, aku seakan terlupa yang aku ada anxiety dan panic disorder. Kerana dia.

Aku berpaling memandang L yang sedang memerhatikanku. Sepertinya dia sudah expect yang ini akan terjadi.

"Will you buy it for me? I want a sausage rolls."

Seakannya dia sengaja.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cermin Cinta NarcissusWhere stories live. Discover now