36- Apa ini?

30 4 0
                                    

Tik~ bunyi termometer dahi. ianya menyala hijau.

" 36.7 celcius, stabil, that's mean yang demam awak dah kebah. So esok saya datang jemput awak pukul 1 petang."

L meletakkan termometer ke atas meja. Dia menyarung baju kemeja nya yang masih basah di bahagian dada. Bersiap untuk balik.

Aku getap bibir, sambil menarik selimut. Apa yang aku fikir tadi!?  Seriously, aku ingat yang L nak menodai aku bila dia paksa aku berbaring tadi. Tetapi sebenarnya dia hanya mengusik. Dan dia rupa-rupanya hanya mahu aku baring dan berehat.

But his action, seriously, that is too much!  Dan aku pun sama. Kenapa biarkan sahaja? Macam bodoh! Kalau betul L berniat jahat tadi tak ke menyesal aku nanti?

Aku tepuk pipi ini, kuat.

"Pintu tu nanti saya akan hantar orang betulkan. Don't  worry, orang tu awak kenal not a stranger macam flower boy next door awak tu. Jadi, awak takkan diserang panik macam tadi."

Flower boy next door? Dia maksudkan delivery boy a.k.a jiran baru yang aku mistake identiti tadi tu ke? Eh! Macam mana dia tahu!? Dia ada ke tadi? Sejak bila? Dan Kenapa cara dia labelkan jiran baru tu sebagai flower boy tu ,nada suaranya seolah-olahnya, dia cemburu.

Aku pandang L , confuse.

" Kenapa? Awak nak muntah lagi ke?"
" Tak, takde apa-apa."
" Jadi kenapa pandang saya macam tu?"
" Takde apa-apa."

L mengeluh , dia merapatiku dan meletakkan tangannya ke dahiku.

" Okey, tak panas pun, biasa je. Kenapa? Awak nak saya tidur sini ke?" tanya L.

" ha!? Apa? Tak! Awak .. awak boleh balik. Saya okey." Gugup pula aku menjawabnya.

L diam sejenak.

"Baiklah. Awak rest okey. if anything, just call me."

L mengucup dahiku. Dia keluar dari rumah.

Aku pula...

tergamam.

tergamam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cermin Cinta NarcissusWhere stories live. Discover now