" Apa awak buat ini? Ini tak seperti awak, L.." ucapku.
" Why, are you surprise ? You shouldn't be. This is just the beginning."
" Plus,'why you need to bother about other people?Bertahun-tahun awak hidup sendirian, tanpa mempedulikan dunia luar, jadi , kenapa hari ini berbeza?"
"This world, this 'People' ignoring you, why you should concern about them ? "
"Malah, bila orang mahu mendekati awak, awak menolaknya. Kenapa awak buat begitu? "
" Ahh.. saya tahu. Sebab actually awak sebenarnya don't care. Awak pilih untuk hidup keseorangan seperti ini. Menurut dan menerima. Seolah-olah awak adalah mangsa keadaan. Sedangkan.. "
"Deep inside .. awak sebenarnya tidak mahu ada kaitan dengan dunia ini atau orang sekeliling awak."
" You are actually a selfish one."
Aku diam.
L masih marah. Kemarahan membuatkan dia meluahkan kata-kata sekasar ini. Aku faham. Dan aku getap bibir menahan satu demi satu kata-katanya yang menyakitkan hati.
Pahit tetapi ia juga satu kebenaran.
Benar.Disebabkan aku hanya 'menerima' apa yang berlaku pada diriku, aku end up seperti ini.
<Kau tidak penting. So stay low, stay hidden.>
<Don't be seen. Be a nobody.>
Bisikan itu, yang kudengari setiap kali aku diserang panik sebenarnya bukanlah kata-kata ayah dan kakak ku.Ia adalah kata-kata ku sendiri. Yang ku ulangi, di dalam hati dan fikiran ini.
Kata-kata yang ku ungkap, kerana aku memilih untuk menerima permintaan ayah dan kakak ku, agar menjadi seorang yang insignificant dalam hidup mereka.
Tanpa sedar, aku sendiri memilih untuk menjadi insignificant. It was my choice.
Jika aku tidak 'menerima' semua itu. Jika aku bersuara. Melawan, mempertahankan diriku dan kehendak ku. Jika aku tidak menjalani kehidupanku dengan hanya 'menerima' semua itu.
Aku tidak akan jadi seperti ini.
"Kenapa awak senyap? Awak tidak marah ke dengan apa yang saya cakap ini? "
" Don't you have a voice? "
" Don't you want to say anything?"
Aku masih diam.
"Sepertinya saya bercakap dengan diri saya sendiri. Hahahahahaha!"
L ketawa sendirian.
Aku lihat dia mengenggam stereng kereta erat-erat. Sepertinya dia sedang menahan rasa marah, tetapi di jernih anak matanya, aku lihat sebuah kekecewaan.
" Itulah sebabnya awak 'hidup' seperti ini. Orang mengabaikan awak dan awak tidak melakukan apa-apa. Hanya menerima tanpa usaha untuk melawan. "
" Dengan keperibadian awak ini, tidak hairanlah orang ramai meninggalkan anda. "
"Bukan mereka yang salah , tetapi awak."
" Saya benci jenis orang seperti awak ini."
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...