24- Hipokrit

32 4 4
                                    

Aku renung tangan yang memegangku ini. Kemas genggamannya, bagai tidak mahu melepaskanku.

'Awak boleh nak saman saya nanti,  tapi buat masa sekarang, saya akan pegang awak begini. And  you stick with me, understand!"

Tinggi nada suaranya. Dia marah.

Kenapa?

L memimpin aku menuju ke tempat di mana rakan-rakannya berkumpul.

Aku ragu-ragu.

"Mana beg saya?" tanyaku perlahan.

"Ada dengan Raikal."

Aku lihat Raikal juga ada di situ. Dia sedang selesa duduk di lounge sofa, sedang  berbual disamping kawan-kawannya. Di atas meja kaca, ada tas tanganku, betul-betul di depan Raikal.

" Awak tertinggal ini masa awak ke washroom tadi." sapa Raikal,sebaik sahaja melihat aku.

Dia hulurkan beg itu dan aku mencapainya, gugup.

"Muka awak nampak pucat. Awak tak apa-apa ke?" tanya Raikal sambil merenung wajahku. Dia ni terlalu concern, dari awal pertemuan kami, dia ni sentiasa ambil berat tentang aku.Terlalu baik hati kah? Atau dia pun hanya mahu mengambil kesempatan terhadap ku, seperti Ara?

Aku toleh ke arah lain. Tidak selesa.

Tanpa sengaja  aku bertentang mata pula dengan seorang lelaki yang juga dari tadi sedang memerhatikanku. Tajam anak matanya. Ada subang di telinga kiri.  Kacak paras rupanya namun dia tidaklah semanis dan semesra Raikal. Dia seperti tidak suka melihat ku.

Aku juga perasan yang kawan-kawan L ni semuanya kelihatan kacak kacak belaka dengan ada antara mereka yang kelihatan seperti mix-mix.  Ini reunion model antarabangsa ke? ~ Terus aku teringatkan peribahasa english ini. ' Birds of a feather flock together" hmm~~~

"Duduklah." arah L.  Dia masih lagi mengenggam tanganku. Perlahan-lahan, aku tarik tanganku, dan duduk di sebelahnya.

"Saya rasa awak dah kenal mereka berdua ini, Raikal dan Lisa. My cousins."

Aku angguk.

"Dan ini, Lex dan Andy."

"Sarah dan Lianne. Mereka rakan business."

L  memperkenalkan aku pada semua yang ada di situ. Kesemua mereka datang dari bidang-bidang gah seperti oil and gas, marketing, entertainment, media, hartanah , bank malah politik. Aku percaya kehadiran mereka ini pasti lah penting bagi L.

" Heh, dah macam sesi introduce bakal isteri pula." 

Suara sindiran itu menghentikan L. 

L memandang pada lelaki ini. Lelaki yang punya renungan yang tajam, yang jelas tidak senang dengan kehadiranku. Lelaki yang tidak kelihatan mesra ini.

" And  this is my rival. Jay. His family own 40% share in the company so he's a bit ambitious."

Lelaki itu ketawa besar.

" Don't flatter me so much. It's make me shy." kata Jay sebaik tawanya berhenti.

"I'm just stating the obvious." balas L.

Jay senyum kelat.

Aku dapat rasakan yang wujudnya hubungan yang tegang antara mereka.

"Sorry I lambat. Am I missing something good?"

Ara tiba- tiba muncul dan terus merapati Jay. Pipi Jay diciumnya mesra. Ooo, inilah teman lelaki Ara~ Padanlah dia berlagak. Teman lelaki nya salah seorang share holder juga.

" Hai," tegur Ara pada aku.

Lagaknya, bagaikan tiada apa-apa yang terjadi antara kami.

Hipokrit.

Hipokrit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cermin Cinta NarcissusWhere stories live. Discover now