Sebaik tamat sesi terapi, aku terus menuju ke tangga kecemasan.
Lunch time.
Waktu begini pasti ramai orang akan menggunakan lif. Jadi aku pilih untuk menggunakan laluan kecemasan. Bukan sebab aku tidak suka bersesak-sesak di dalam lift. Tetapi kerana aku mudah diserang panik bila berada di tempat sempit yang penuh dengan orang.
Aku ingat lagi, bagaimana aku pernah jatuh pengsan disebabkan hal itu. Dan disebabkan itulah, Dr.Asnidar telah membenarkan aku menggunakan pintu kecemasan ini. Dia juga yang memberikan aku kunci pendua ke tangga kecemasan ini.
"Sya, semalam awak dah keluar dari zon selamat awak. I would says its 50% progress, and another 50% is up to you. Sekarang ni, its all depends on you,how you want this progress to go forward or backwards."
Forward?
Aku menuruni tangga sambil mengingati pesan Dr.Asnidar sebentar tadi. Memanglah kalau boleh, aku nak menuju ke depan. Tetapi mampukah aku? Boleh ke aku?
Aku berhenti di tingkat 5.
Terfikir, yang mungkin aku boleh cuba menaiki lif untuk hari ini. A progress to keep forward~
Namun, sebaik sahaja aku memusing tombol pintu untuk ke ruang lif, rasa ragu-ragu mula menguasai diri, kembali menimbulkan rasa gementar dan takut.
Aku cuba tarik nafas dalam- dalam. Cuba berfikiran positif. Tetapi, tanganku tidak berhenti mengigil dan tubuhku seperti biasa, kaku tak bergerak. Dan sekuat mana otakku cuba mengarahkan diri ini untuk bergerak, ia tidak akan mendengarnya. Seperti selalu.
Dammit!. Kenapa rasa takut ini mengawal diriku?!
Aku lepaskan tombol pintu.
Fail.
Another failure.
Lalu aku kembali menuruni tangga.
.
.
"How can i go forward doctor?"
"Sya perlukan tekad, azam dan keberanian yang kuat."
"Bagaimana kalau saya ada semua itu tetapi masih tidak dapat move forward?"
Dr.Asnidar menepuk bahuku lembut.
" Then, you just need to be pushed out. A little push by someone. "
.
.
Akhirnya, aku sampai ke tingkat bawah .
Aku keluar dari tangga kecemasan ini dan terus berjalan ke ruang lobi untuk keluar dari sini dan balik ke rumah.
Tetapi apa yang aku tidak sangka-sangka ialah di depan ku, dia sedang berdiri di sana. Seolah- olah sedang menantiku.L~
dan bibirnya terus terukir senyuman sebaik melihatku.
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...