Kami berdua sampai di sebuah restaurant mewah ber prestige di ibu kota. Aku tahu hanya yang ternama sahaja mampu menjejak kaki ke sini. Ia sangat privasi, jadi bagaimana dia berani ke sini?
"Kenapa kita ke sini? " tanyaku, sambil keluar dari kereta.
Dia sedang memberikan seorang pekerja valet, kunci keretanya untuk di 'parking' kan.
"Saya datang untuk makan. Sementara awak pula, untuk bersosial."jawabnya acuh tak acuh.
Aku tidak suka ayat ber'sosial' itu. Bunyinya seperti sesuatu yang negatif.
"Saya tak pakai pakaian yang sesuai." kataku sebaik sahaja sampai di pintu masuk restaurant. Di situ tertera notis dress code business casual.
L memandangku dari atas ke bawah. Mungkinkah dia baru menyedari yang aku memakai jeans, tshirt dan selipar flipflop? Satu-satunya yang 'formal' dibawaku adalah beg tanganku.
"Awak, cantik. " pujinya.
Pujiannya itu, adakah dia betul-betul maksudkannya atau hanya lah 'ayat' untuk membuat ku rasa selesa dengan penampilanku?
Kerana selepas memberi pujian itu, dia lantas menarikku masuk ke dalam restaurant.
bersamanya.
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...