9-Shopping

39 4 4
                                    


Dari tempat duduk ini, aku leka memerhatikan dia yang sedang membelek beberapa helai baju berjenama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari tempat duduk ini, aku leka memerhatikan dia yang sedang membelek beberapa helai baju berjenama.Seorang pembantu butik wanita pula mengikut sahaja ke mana dia pergi. Sesekali mereka berborak mesra, kekadang tertawa bagai bersenda gurau.

His look and act is so charming~

Aku lihat dia mengambil 3 helai pakaian berjenama. Kot, jacket dan seluar.

"Hey, you!"

Dia tiba-tiba memanggil ku.

Aku alihkan pandangan ku, mengharap yang dia tidak perasan yang aku terleka memerhatikan dia sejak tadi.

"Pick some." dia menghampiriku.

"Saya?" aku tuding diri ini.

"Yerlah. Awak."

Aku bangun dari duduk dan memilih baju yang aku rasa sesuai untuknya. hmm..~

Aku ambil satu kemeja hitam yang aku rasa sangat exclusive dan aku berikan padanya. Dia membeleknya seketika.

"Not mine. Yours." katanya.

Aku terkedip-kedip.

Dia mengeluh panjang. Kemudian, dia memanggil pembantu butik bernama Suzy yang setia di sisinya.

"Bring all clothes that you think will suit her."

Suzy membelek aku atas bawah. " Saiz apa yer cik?" tanyanya sedikit ragu-ragu.

" Just take her measurement. You can do that, kan?" arah si dia pada Suzy, sebelum sempat aku berkata apa-apa.

"Ah, ya. ." laju Suzy mengambil tape measuremant. Dan sepantas itu jugalah, Suzy mengukur saiz badanku. Tak lama kemudian Suzy dan dua orang pembantunya, membawa keluar berpuluh- puluh helai baju, dress, skirt, seluar, yang semuanya harga 'yahudi'.

"Pilih."

Dia yang sedang duduk di seat vvip, mengarahku.

Aku diam.

Situasi apakah ini? Adakah dia nak show off, yang dia cukup kaya? Macam cerita drama  di wayang tv? 

"Saya ulang okey?Awak.... pilih yang mana berkenan, saya belikan." sombong nada suaranya.

"Tidak."

Dahinya berkerut.

"Awak, melawan cakap saya?"

"Bukan, saya cuma tak perlukan pakaian ni semua." jelasku.

"Hmm.. bila awak membantah arahan saya ini, awak tak nampak macam seseorang yang mempunyai masalah anxiety & low self esteem. Keberanian dan pendirian awak ini.."

Dia bangun mendekati ku, rapat.

" I don't care."

Aku telan air liur.

Anak matanya merenungku garang dan tajam. Baru sebentar tadi dia bagaikan penyelamatku, bagai wira. Tapi kenapa sekarang, dia  begitu angkuh dan egois?

Dan juga kenapa seawal perkenalan kami tadi, dia seperti syok sendiri, perasan dan tidak percayakan orang?

He is complicated.
Like something is wrong with him?

"Pilih pakaian awak. " dia terus mengarah.

Aku tidak berganjak. Masih bertegas!

"Awak tahukan yang saya tak akan keluar dari sini selagi awak, tak buat seperti apa yang saya mahukan."

Aku getap bibir.

"Saya juga tahu yang awak tak berani keluar dari sini tanpa saya. So, it's your choice." tambahnya lagi, selamba mengugutku. Mempergunakan kelemahanku.

Aku capai dua helai baju.

" Ambil yang ini." kataku geram, kerana terpaksa mengalah.

Dia kembali duduk bersandar di sofa, bersilang kaki dan memandangku angkuh.

"Randomly pick won't satisfied me."  balasnya. Dia senyum sinis.

"Baik, saya cuba dulu!"

Aku ambil beberapa helai baju ke fitting room.

Di dalam fitting room, aku terduduk. Jantungku berdegup kencang. Dah lama aku tak rasa seperti ini.

Geram dan marah.

Cermin Cinta NarcissusWhere stories live. Discover now