51- Dingin

38 3 0
                                    

Hening subuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hening subuh. 
Aku terjaga dari tidur yang entah bila masa aku terlena.
hmffff ....aku sedut hingus. Rasa dingin. 

Aku gosok tubuh yang kesejukan ini .  Kemudian mengeliat, melegakan rasa lenguh tubuh ini yang telah bermalam di depan balai polis ini.

Aku bangun dari bangku. "Agaknya dia lapar tak?"
Lantas aku beredar mencari sarapan.

........~~~~~~<<<<<<~~<<<<<<~~~~~~~<<<<

Lebih kurang setengah jam kemudian, aku kembali ke balai.  Dengan membawa sebungkus nasi lemak berlauk ayam sambal.

Sebaik aku melangkah masuk ke balai, aku lihat tidak ramai anggota polis berbanding semalam.  Pagi ini nampak lebih tenang. Mataku melilau mencari pegawai polis wanita semalam.

Tidak jauh, aku lihat dia sedang bercakap dengan seseorang yang berpakaian sut italian yang kemas. Lagaknya seperti seorang peguam. Di sebelahnya pula ada Raikal.

Pantas aku meluru ke arah mereka.

"L, macam mana?" tanyaku pada Raikal. Dia kelihatan terkejut apabila melihat kehadiranku. Belum sempat dia menjawab soalanku, seorang anggota polis lelaki mendekati kami dengan membawa L yang kini tidak lagi bergari.

Sebaik melihat L, aku rasa begitu gembira.  Tanpa menyedari yang renungan matanya masih dingin seperti semalam.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cermin Cinta NarcissusWhere stories live. Discover now