Dia memandangku.
Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku.
Aku terpaku.
"Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia.
Aku alihkan pandangan ku dari nya.
"Sya?Sya?Hello, sya?"
Aku padamkan panggilan telefon lantas bangun dari duduk. Tetapi rasa cemas membuatkan pergerakanku jadi kekok. Beg tanganku terjatuh. Habis semua barang-barang dalam beg berterabur.
"No,,no..no..." bebelku perlahan, sambil mengutip barang -barang ku di lantai.
Sambil itu aku tertanya-tanya bagaimana semua ini berlaku. Bila masa perempuan tu bangun dan beredar? Bodohnya aku tidak perasan! Tidak menyedari yang perempuan tu duduk di tengah-tengah antara aku dan lelaki ini. Jadi, apabila perempuan itu beredar, tinggal lah aku dan lelaki ini, duduk sebelah menyebelah.
"Syaidatul right?" tegur lelaki itu.
Dia menghulurkan botol ubat ku yang tergolek di hujung kakinya. Terkejut melihat yang dia rupanya masih berada disini, aku rentap kasar botol itu dari tangannya.
Dia tersentak.Maaf, rasa cemas membuatkan tindakan ku agak kelam-kabut dan kasar.Dia takkan faham. Dan aku tidak dapat mengawal rasa anxiety ini.
Aku sumbat semua barang ku kembali ke dalam beg tangan, bersedia untuk beredar.
"Apa yang awak cakap tadi tu continue lah, cik Syaidatul."
Aku pandang dia.
Baru aku perasan yang lelaki ini sedang tersenyum. Dari tadi tersenyum memerhatikan gelagat ku. Dan senyumannya itu sangat manis, seperti dirinya.
Ketinggiannya mungkin 170cm ke atas.Putih dan wajahnya bersih. Jawline yang tajam menyerlahkan lagi raut wajah kacak miliknya.
"Jawapan untuk soalan awak tadi tu, ya saya seorang je. Lagi? "
"Maaf, saya tersalah orang." jawabku perlahan sambil merenung tanah. Tidak berani menatapnya. Hatiku berdebar-debar. Adakah disebabkan dia seorang yang menarik? Atau sebab aku tidak biasa bercakap dengan lelaki? Mungkin juga ini hanya panik attack yang biasa aku alami.
Tetapi, yang mana-manapun, yang pastinya, tatkala ini, aku rasa cemas.
"Hey, apa yang menarik di tanah itu?" dia tiba tiba menjengah dari bawah, hampir sahaja wajahku berlaga dengan wajahnya.
Terkejut, aku teranjak ke belakang dan hampir-hampir
pula ingin terjatuh."Maaf! Sasasaya salah orang!" jeritku kuat. Ala kem tentera.
Aku panik. Level anxiety aku semakin meninggi, disebabkan tindakan mengejutnya sebentar tadi. Beberapa orang mulai memandang ke arah kami berdua.
"Hey hey.. macam ni ke minta maaf?" katanya sambil menyelak rambut depannya yang jatuh di dahinya. Jelas yang dia rasa tersinggung dengan caraku yang terjerit-jerit begini.
Maaf. Aku tak boleh kawal diri ini.Aku genggam hujung baju ku. Cuba mengawal diriku dan tindakan ku seterusnya, yang mungkin akan menyinggung dia lagi.
"Awak sepatutnya minta maaf sambil memandang saya. Directly in the eyes."
Aku senyap sahaja, tidak membalas. Masih tidak berani mengangkat muka.
"Perbuatan awak yang takut-takut nak memandang saya seolah- olah yang awak suka kan saya, kan?"
Tuduhan nya itu mengejutkan aku.
Suka?
Terus aku memandangnya, lebih tepat merenung nya.
Dia sengih.
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...