"Adakah awak tahu bagaimana mereka akan melayan saya?"
"Adakah awak tahu yang kawan-kawan awak, semua orang di sini, akan hina saya dan judge saya seperti ini?"
Nada suaraku semakin tinggi, menahan marah.
Ya, marah.
Segala cercaan yang ku hadapi tadi. Semua yang terjadi, aku yang dipermainkan dan diperbodohkan.
Semua itu..
Adalah perancangan L!
" Ya, saya tahu. Semua itu ada dalam perkiraan saya sebelum saya bawa awak ke sini. "
" Awak marah?" Dia bertanya lembut tanpa rasa bersalah.
Aku getap bibir.
"Rasa marah itu.. lebih baik dari diserang panik, bukan?" sambungnya lagi, acuh tak acuh.
Pap!!!
Aku menampar dia. Di depan semua orang.
"Awak ingat masalah psikologi saya ni jenaka ke?"
"Awak mempermainkan perasaan saya, dan awak anggap apa yang awak buat ni membantu saya? Marah lebih baik dari panik? It is not! "
"You don't know me,L!"
"Jadi, berhenti melayan saya seperti awak kenal siapa saya. Berhenti ambil berat dan berkata-kata, berjanji seolah-olah ingin membantu saya, kerana, hakikatnya, awak tidak pedulipun."
" I'm not a game for your entertainment."
.
.
.
Aku melangkah laju. Keluar dari restaurant ini. Meninggalkan semua orang.
Aku yang sering panik di tempat asing, yang ingin melangkah keluar dari rumah pun ambil masa berjam-jam, yang nak keluar dari mall pun ketar-ketar lutut. Tetapi saat ini, entah mana datangnya keberanian ini.
Aku mampu keluar dari sini, berjalan sendiri, merempuh kegelapan malam dan mereka yang asing di luar ini.
Saat ini, aku tidak peduli apa-apapun. Yang ada cuma amarah. Hebatnya perasaan bukan? Ia mampu mengatasi had batas diri seseorang. Membuatkan kita lupa akan kelemahan kita.
Ketika ini, di benak fikiranku hanyalah aku ingin pergi jauh dari L dan 'drama-drama'nya.
Aku mahu bersendirian. Kembali sendirian, seperti selalu.
Ke tempat dimana asalku. Where i was belong.Namun, tanganku ditarik seseorang. Dan tubuh ini ditarik hingga berpaling ke belakang, menghentikan langkahku.
Berdepan dirinya.
"Awak nak ke mana?"
L yang mengejarku tadi, melepaskan tanganku.
Kami berdua kini berada di luar . Agak jauh dari restaurant ini.
" Balik!" jawabku kasar. Tiada sesiapa di sini, hanya kami berdua, di tepi jalan.
"Saya hantarkan awak. "
Aku renung L tanpa kedip. Dia masih tenang dengan tiada sekelumit pun rasa bersalah di wajah itu.
Aku menantikan satu ucapan maaf darinya, tetapi dia seperti nya tidak kisah. Dia tidak memahami ke situasi ini?
Aku marah pada nya.
Aku tidak mahu terlibat lagi dengannya. Dan aku sudah jelaskan segala-galanya panjang lebar tadi.
" Jom. " katanya.
Sekali lagi dia memegang tanganku.
Sentiasa memaksa.
Dia dan hal dia.
Hanya mengikut 'kepala'nya sahaja tanpa memikirkan perasaan aku.
Dia tidak pedulikan sesiapa selain dari dirinya.
Apa yang dia tahu segalanya harus mengikut percaturannya. Segalanya dalam genggamannya. Segalanya miliknya. Segalanya boleh di manipulasi. He lied, and act selfishly. Itulah diri dia.
"Narsistik." kataku perlahan.
Pegangan tangannya terlucut.
Reaksi ini.
Seolah-olahnya dia tahu maksud narsistik itu.
Kata-kata Dr.Asnidar bermain-main di telingaku.
<Ya, memang dari cerita Sya tadi tu, dia nampak a bit strange. Suddenly changes of behavior. Sinis, ego, and push people around. Also his confident level, wow! >
<Juga dia nampak macam obsess dengan diri, tak mahu dengar pendapat orang lain, tidak pedulikan orang lain, selfish, Plus he label himself as your boyfriend without your knowledge. delusional maybe?><If he was been diagnosed , I would says he is kinda like narcissistic>
"Awak seorang narsisis dan tiada yang baik dalam hubungan ini." sambungku lagi.
Dan buat pertama kalinya aku lihat wajah itu tergamam.
bagaikan mengakuinya.
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...