2-Lelaki

50 2 2
                                    


Aku dah rasa nak  give up

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku dah rasa nak give up.

Ada beberapa orang yang aku cuba tegur tapi end up samada mereka tak dengar suaraku yang terlalu perlahan ataupun diorang just ignore ku.

Yerlahkan, tempat ni ramai orang. Semuanya datang bersama teman-teman dan sibuk dengan hal masing-masing. Tiada sesiapa pun beri perhatian pada stranger seperti aku; yang terkial-kial cuba beramah mesra untuk menjalinkan persahabatan.

Telefon ku tiba tiba berbunyi. Panggilan dari Dr. Asnidar.

"Macam mana? Sya, okey tak?"

"ehmmm.." keluh ku perlahan.

"Tak okey la tu."

"Sorry, doktor."

Dia tertawa kecil.

"Takpe, it's okay. Ini step yang besar, just take it slow slow. Tak perlu salahkan diri."

Aku mengangguk sahaja.

"Berapa orang yang Sya dah tegur?"

"Tiga orang."

Aku lihat jam di tangan. Hampir petang.

"Wow.. tiga orang. bagus tu!" pujinya.

"Tapi dalam 4 jam , hanya tiga orang sahaja yang saya berani tegur."

"Itupun sudah cukup, Sya. Don't push yourself. Bukan numbers yang dikejar tapi your effort yang penting. I'm proud with you Sya! "

Sokongan moral dari Dr.Asnidar itu, aku tahu adalah caranya untuk menaikkan self esteem aku. Ia menjadi dan aku kembali bersemangat.

"Saya nak cuba lagi."

"Are you sure?"

Aku pandang sekeliling ku. Dah tak ramai orang dah. Perkarangan taman di depan mall ini pun tidak sesesak seperti awal tadi.

"Ya."

"Tapi Sya, boleh saya tahu, berapa banyak pil yang dah Sya ambil hari ini? "

Aku diam.

"Sya?"

Dr.Asnidar menanti kan jawapanku.

" Lima"

Ada keluhan panjang di hujung telefon. Aku tahu yang aku tidak boleh ambil lebih dari 3 pil dalam sehari. Dr. Asnidar sedang cuba kurangkan dos ubat . Dia mahu aku mengatasi anxiety ini tanpa perlu bergantung pada ubat.

Aku telah cuba.
Dan aku gagal sekali lagi.

"Baiklah. Ini yang terakhir. Selepas ini, awak boleh terus balik okay? Kita sambung tugasan ini lain kali."

"Baik, Dr."

"Do you want my help?"

Aku lihat sekelilingku. Rasa cemas tiba tiba terbit di lubuk hati ini.

"Emmm.."

"Buat live video call sekarang. Biar saya lihat sekeliling. Saya akan pilih seseorang yang nampak nice. Someone yang i think will respond to you."

Arahan Dr.Asnidar itu memberikan aku harapan.

VC kami bermula dan setelah lebih 5 minit, Dr.Asmidar menyuruh aku tutup vc dan continue dengan panggilan telefon pula. Tapi kali ini aku perlu memakai earphone dan terus live update dengannya.

" Do you want different gender this time? Lelaki selalunya beri respond yang lebih baik bila ditegur oleh perempuan."  Cadang Dr.Asnidar.

"Saya lebih selesa dengan perempuan, doktor." jawabku laju.

"Dan bukan foreigner. English saya tak berapa bagus." sambungku sebelum terlupa.

Dr.Asnidar ketawa lagi. Kedengaran comel je melalui earphone yang aku pakai ni.

" Lets start!Nampak kan air pancur kat tengah-tengah tu. Tak salah saya di belakangnya, tak jauh situ ada beberapa orang tengah duduk-duduk. Cuba cari, seorang wanita bertudung hijau yang sedang duduk membaca buku, dia pakai spek, pakai braces, sedikit rendah dan berkulit putih langsat. "

Dr.Asmidar terus memberi arahan.Aku turuti. Dan memang betul, ada seorang wanita seperti yang digambarkannya.

"Okey, sekarang pergi duduk di sebelahnya dan tegur macam ni. emm.. assalamualaikum, awakpun baca buku ni ke? Saya pun ada satu. Penulis ni bagus kan! "

Aku diam.

"Kenapa?" tanya Dr.Asnidar hairan tiada reply dari ku.

"Sorry doktor, tapi kalau boleh saya tak nak lah mulakan persahabatan dengan berpura-pura. Saya tak tahu apa -apa pun pasal buku yang dibacanya. Saya tidak mahu menipunya."

Dr.Asnidar terdiam lama.

Mungkin kah aku menyinggung perasaanya? Dengan pendirian ku ini?

"Itu benda yang paling saya suka tentang awak, Sya. Awak ada pendirian. I hope other people can see it too. This 'true' you. Awak patut lebih yakin dengan diri awak dan let people be close to you."

Aku diam.

Dr.Asnidar tidak pernah memarahi ku. Hanya sokongan dan pujian sahaja diberikan padaku. Adakah ini memang peribadinya ? Atau dia hanya begitu disebabkan aku ni pesakitnya?

" Then, how about this. Secara kasual cakap begini..."

Aku dengar pendapat Dr.Asnidar dengan penuh teliti.
Sebaik sahaja yakin, aku berjalan ke arah perempuan itu dan duduk di sisi nya.

Dia masih lagi khusyuk membaca buku . Seorang yang ayu serta nampak manis dengan lesung pipit di kedua belah pipinya. Sekali pandang, seperti Mira Filzah pula. Nampak macam orang yang baik-baik dari keluarga yang baik -baik.

Aku renung ke langit yang membiru. Tarik nafas yang dalam, cuba mengumpul semua keberanian yang masih tinggal.

"Boleh ke Sya?" tanya Dr.Asnidar cuba mendapatkan kepastian.

Aku angguk tanpa bersuara, sambil membetulkan earphone di telingaku. 

Dr.Asnidar ada di sisiku, walaupun hanya suara sahaja, tetapi itu pun dah cukup untuk berikan aku keyakinan. Malah dengan adanya Dr.Asnidar di sisiku, apa kesilapan yang boleh terjadi? She's a professional!

Satu, dua, tiga.

"Orang ramaikan hari ni? Assalamualaikum, saya Syaidatul. Awak sorang ..." kataku seraya memandangnya.

Tetapi ayatku terus tergantung di situ.

Ayat 'sorang je 'tu tak terkeluar dari mulut ku.

Ia terhenti di situ.

Jantung ku mula berdegup kencang.

Kedua belah tanganku terasa seram sejuk.

ini.. ini..

"Sya? hello? Sya kenapa?" suara Dr.Asnidar berkumandang di earphone telinga.

Aku tak jawab.

Tak mampu jawab.

Sebab di sebelahku, ketika ini , bukannya perempuan manis yang aku anggap akan menjadi kawan pertamaku hari ni.

tetapi...

seorang lelaki.

Cermin Cinta NarcissusWhere stories live. Discover now