Aku membersihkan luka-luka di tangannya. Ubat luka aku sapukan dengan teliti. Kemudian aku tampal dengan plaster.
L mendiamkan diri.
Aku keluarkan pula sapu tangan, ku basahkan sedikit dengan air , kesat kotoran dan darah kering yang berada di wajah nya.
Dia masih membisu.
Hanya memerhati dan membiarkan sahaja apa yang aku buat. Tiada response~ hanya memandangku.
Aku tidak pasti apa yang difikirnya atau apa yang akan dia lakukan selepas ini? Will he hurt me? Or comfort me? Seperti yang dia katakan, dia tidak dapat diramalkan.
Unpredictable.
So...
Aku tidak mahu fikir terlalu jauh. Hanya tunggu dan lihat sahaja apa pun yang akan berlaku. Just go with the flow. Bukankah itu yang kita lakukan bila menaiki roller coaster? Sit and enjoy the ride~ don't think much.
"Urghh!"
Dia mengaduh sakit apabila tanpa sengaja aku telah tertekan kuat bahagian luka di kepalanya.
" Ah, sorry!" cepat-cepat aku alihkan tanganku. Dia tidak marah. Tetapi masih lagi memilih untuk tidak berkata apa-apa.
Mungkinkah dia tidak suka mendengar apa yang aku luahkan tadi? Mungkin juga dia tidak setuju dengan apa yang aku pilih?
Aku simpan ubat-ubatan ke dalam kotak first kit yang Raikal berikan tadi. Kami berdua sedang duduk di bangku di taman permainan yang tidak jauh dari balai. Manakala Raikal yang membawa kami ke sini pula sedang berbual dengan peguam L tidak jauh dari kami.
"Dulu, saya pun selalu cedera seperti ini, dibuli. Actually, saya adalah anak yang tidak diingini, dibuang di tepi jalan. Saya membesar di rumah anak yatim dan ia bukanlah memori yang indah bagi saya. I always be the bully target, mungkin sebab saya tiada sesiapa untuk bergantung di dunia ini."
Aku bercerita.
" Ibu, arwah ibu angkat saya, sebenarnya salah seorang sukarelawan di sana. Bila saya cedera dibuli atau bergaduh dengan kanak-kanak yang lain, dialah yang selalu merawati saya seperti ini . Menasihati saya, mendengar luahan perasaan saya. Dia bagaikan seorang ibu yang tidak pernah saya miliki. Lemah lembut, memahami dan penuh kasih sayang."
Aku memandang L yang mendengar dari tadi.
"Jadi bila dia decide untuk mengambil saya sebagai anak angkatnya, saya sangat gembira sebenarnya. Dan bila keluarganya juga menerima kehadiran saya, ia seperti satu keajaiban. "
"Pertama kali saya rasa yang kewujudan saya ini diingini."
Aku kalihkan renungan ku tasik yang tenang. Melihat bayangan di permukaan airnya.
" Tetapi, ia tidak kekal lama. Tak lama selepas ibu saya meninggal dunia, segalanya berubah. Kakak, ayah yang selama ini saya anggap seperti keluarga sebenar, membuang saya. We become strangers , I become insignificant. "
" Saya tidak mengerti mengapa mereka tiba-tiba berubah, tetapi saya juga tidak pernah mempersoalkannya. Saya cuma menerima segalanya. Mungkin sebab saya memang good in pushing people away."
Aku senyum kelat.
" Apa yang awak cakap itu betul. Apa yang trigger my anxiety bukan disebabkan mereka, tetapi diri saya yang memilih seperti ini."
" Jadi apabila awak mengatakan semua kebenaran itu, ia mengejutkan saya."
"Jauh dalam hati , saya seakan sudah sedar perkara ini. Tetapi saya 'selfish', saya memilih untuk menutup mata dan tidak mempedulikan semua itu. Saya memilih untuk tidak punya kaitan lagi dengan dunia yang tidak memerlukan saya. "
"Tetapi, difikir kembali,jika saya memperjuangkan hak saya dan menyuarakan kewujudan saya, jika saya ambil berat sedikit, saya tidak akan jadi seperti hari ini. Jenis orang yang awak benci."
" Saya tidak benci kan awak, saya cuma sukakan awak. "
Ucap L
YOU ARE READING
Cermin Cinta Narcissus
Teen FictionDia memandangku. Anak matanya yang berwarna coklat itu, lembut merenungku. Aku terpaku. "Nama awak Syaidatul, so?" tanya dia. Aku alihkan pandangan ku dari nya. "Sya? Sya? Hello, sya?" > > Semua kisah cinta bermula dari satu pertemuan. Sengaj...