Lily memandang tangannya yang berinai sebelum dia tersenyum nipis. Tak sangka juga dia akan berkahwin dalam usia semuda ini.
"Ehhh jangan usik! Inai tu tak kering lagi." Ujar Quinn Davieka setelah selesai menginaikan jemari halus Lily. Kemudian dia tersenyum.
"Nampak manis sungguh wajah bakal pengantin ni." Ujar Quinn Davieka. Lily turut tersengih.
"Terima kasih Ika. Sebab sudi datang."
"Dah you jemput, takkan I tak datang pula." Quinn Davieka menyimpan inai yang diguna tadi. Dia memang pandai mengukir inai. Sebab dia memang minat tengok orang pakai inai.
Lily tersenyum comel sebelum senyumannya dibunuh oleh mindanya yang memikirkan keputusan untuk berkahwin dengan Luke.
"Ika.. Kahwin ni best tak?" Soal Lily. Quinn Davieka tersenyum lebar sambil tangannya automatik menyentuh perut yang sedang mengandungkan nyawa empat bulan itu.
"Best. Kalau kita kahwin dengan orang yang kita cinta." Ujar wanita itu. Lily menggigit bibir sebelum dia mengibaskan tangannya supaya inai cepat kering.
"Ika, saya nak lari!"
"What?!"
***
Franky melihat khemah yang sudah siap dipasang serta beberapa peralatan yang sudah siap disediakan. Pelamin juga sudah dipasang. Dua buah khemah dipasang untuk para tetamu. Atuk masih sibuk menguruskan hal di masjid bagi akad nikah esok hari.
"Tak roboh ke rumah ni kalau tetamu datang ramai ramai esok?" Gumam Franky sendirian sambil memandang rumah kayu itu. Luke yang kebetulan berada bersama jejaka itu tergelak kecil.
"Mana ada. Rumah ni nampak usang tapi sangat kukuh." Ujar Luke.
Franky menjeling dan berlalu pergi. Mendengar suara Luke sahaja sudah membuatkan dirinya meluat dan rasa ingin mencincang bakal pengantin esok itu.
Luke hanya merenung hairan kelibat Franky yang menjauh sambil kepala digaru. Apahal tiba tiba jeling dia ni? Memang dia perasan sejak beberapa hari ni Franky berubah menjadi sangat dingin. Bukan dengan dia je, semua orang kena tempias amarah Franky. Haih.
"Fuck!"
Tiba tiba terdengar jeritan Franky yang sedang menyendiri itu. Hunter dan Skyler yang sedang memasang khemah itu menoleh.
"Let's end this fuck. Aku nak Lily." Ujar Franky sambil merenung Luke dengan pandangan tajam. Luke terpinga pinga sebelum dia bersuara.
"Excuse me?" Soalnya dengan nada tidak percaya.
"Aku nak Lily kau faham tak?!" Jerit Franky. Hilang sabarnya apabila mengenangkan bahawa Lily bakal menjadi milik Luke jika dia tidak bertindak.
Lily miliknya. Tiada siapa boleh mengambil gadis itu darinya.
"Franky." Skyler melangkah ke arah Franky sebelum Franky mengangkat tangannya ke arah Skyler. Mengisyaratkan bahawa Skyler hanya perlu duduk diam tanpa mencampur tangan dalam urusannya.
"Lily tu bakal isteri aku. Mana boleh kau suka suka je nak ambil dia. Kami dah nak kahwin dah pun!" Tiba tiba Luke rasa menyesal apabila membiarkan Lily menjemput Quinn Davieka ke majlis mereka. Tak pasal pasal semua ikut.
"Kalau kau tak bagi Lily, aku akan musnahkan syarikat yang kau sedang bina sekarang ni."
Luke terkedu.
Macamana lelaki ini boleh tahu yang dia sedang membina sebuah syarikat sedangkan dia tak pernah bagitahu jejaka itu malah sesiapapun.
"W..what?"
YOU ARE READING
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU