CAPITOLO DIECI 🎯

11.9K 681 92
                                        

"Signore Franzelx."

Mata amethyst itu memerhati bibik yang membawa masuk makanan ke dalam biliknya. Makanan itu diletakkan di atas meja.

"Buon Appetito. (Selamat menjamu selera.)" Tunduk hormat diberi sebelum bibik itu melangkah keluar. Franky merenung makanan di atas meja sebelum tangannya mula mengambil makanan itu. Semestinya semua di dalam rumah itu tahu yang dia dan Hunter tidak makan makanan sembarangan sebab itulah makanan mereka disediakan mengikut kehendak mereka.

Tapi Hunter dah mula makan pelbagai variasi makanan selepas Quinn Davieka mengajar Hunter untuk mencintai makanan.

"Bosan sial kena layan macam orang dah nak mampus." Bebel Franky sendirian apabila dia dilayan seperti lumpuh seluruh badan! Padahal cuma tangannya sahaja yang lumpuh. Itu pun cuma seketika. Nanti baik lah tangan dia ni.

Roti sandwich disuap ke dalam mulut dan dikunyah perlahan.

"Oh mio bambino! Sono qui! (Oh my baby boy! I'm here!)" Satu suara mencelah sambil pintu bilik mewah itu dibuka dari luar. Franky tersedak dan terus membulat matanya.

"Mamma?!" Ternganga Franky melihat wajah jelita yang masuk ke dalam biliknya. Dulang makanan diletakkan di atas meja dan dia memeluk tubuh wanita itu.

"Perché sei qui? (Kenapa mama berada di sini?)" Soal Franky pelik. Wanita yang berusia 50an itu tersenyum manis.

"Mio figlio è ferito quindi perché non posso essere qui? (Anak lelaki mama sakit jadi kenapa mama tak boleh berada di sini?)" Soalan dibalas soalan. Bibir Franky tersenyum.

"I miss you mamma." Ujar Franky. Wanita bernama Federica itu turut memeluk anak lelakinya.

"Your brother told me you were injured. How dare you didn't tell me anything?" Soal Federica sambil mengecilkan mata. Franky menggaru kepala. Matanya memandang Hunter yang tersenyum sinis apabila melihat Franky yang terkulat kulat itu.

"Come stai mamma? (Mama apa khabar?)" Hunter memeluk wanita itu dan mencium pipi ibu tirinya. Semenjak ibu kandungnya Hannah meninggal, Hunter menumpang kasih oleh Federica dan menganggap Federica seperti ibunya sendiri.

"I'm good, honey. Where's your beautiful wife?" Soal Federica sambil memandang Hunter.

"She's sleeping." Jawab Hunter sambil tersenyum dan melabuhkan duduk di atas katil.

"Come puoi essere morso da un serpente? (Macamana kamu boleh kena gigit dengan ular?)" Soal Federica pelik.

Franky dan Hunter saling berpandangan.

"It just a small snake, mamma. I didn't notice it come to me when I was hiking." Tipu Franky. Hunter hanya mendiamkan diri. Lebih baik dia tidak memberitahu perkara sebenar kepada Federica kerana wanita itu sangat marah jika dia dapat tahu anak anaknya pernah berada di kampung.

Federica sangat jijik dengan suasana kampung dan melarang anak anaknya menjejakkan kaki ke kampung.

"Let me see." Federica mengambil tangan anak lelakinya dan diteliti.

"Oh, poor my baby boy."

"It's nothing, mamma." Ujar Franky apabila ibunya beriak seolah olah dia dibaham singa. Kenapa semua orang risau melebih ni?

Hunter menahan tawa.

***

"Sudah sudahla tu Lily, mari makan ni dulu." Ujar atuk sambil melihat anaknya yang sedang sibuk menggali tanah untuk menanam benih pokok di kebun.

2 |   KNIGHT'S   [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang