Lily terkedu melihat rumah megah bagai istana yang berdiri teguh di hadapannya.
"Mewahnya." Ujar Lily kagum. Franky turut memandang rumah ibunya sebelum tangan diimbas pada pagar rumah mewah itu dan pagar terbuka secara automatik.
Sekali lagi Lily terkedu dengan kecanggihan rumah mewah itu. Franky menggenggam tangan Lily dan mereka mula masuk ke dalam rumah.
"Signore."
Pembantu rumah itu kelihatan terkejut dengan kedatangan Franky dan terus menunduk hormat.
"Where's mamma?" Soal Franky.
"In her room." Jawab pembantu rumah itu. Franky terus sahaja berjalan pergi apabila bibik itu kembali menunduk hormat.
"Awak, saya takut." Lily mengeraskan kakinya. Franky tersenyum nipis.
"Nothing would happen. Trust me. Come." Pujuk Franky sambil mencium tangan Lily. Gadis itu menarik nafas dalam dan mengangguk.
Pintu bilik berwarna putih itu diketuk sebelum tombol dipulas. Kelihatan wanita bernama Federica sedang terbaring lesu di atas katil.
"Mamma what happened?" Franky terus melepaskan genggaman Lily dan berjalan ke arah ibunya. Pipi Federica diusap lembut.
Federica membuka mata apabila suara garau yang dirinduinya menerjah ke deria pendengarannya.
"Cosa stai facendo qui? (Apa yang kamu buat di sini?)" Soal Federica sambil menolak tangan Franky di pipinya dan bangun lalu bersandar di kepala katil.
"Sei malato? (Mama sakit?)" Soal Franky. Federica hanya diam sebelum matanya menangkap kelibat gadis kecil di sudut bilik itu.
"What is she doing here? Get out!" Tengking Federica tiba tiba. Terangkat bahu Lily kerana terkejut. Jantung Lily mula berdegup laju.
"Mamma she's my wife." Ujar Franky jujur. Federica memandang anak lelakinya dengan riak tidak percaya.
"Non osare dirmi che sei sposato (Kamu jangan cakap pada mama yang kamu dah kahwin.)" Ujar Federica. Franky mengetap bibir dan mencium tangan Federica.
"I'm sorry." Pinta Franky.
Lily termangu mangu. Patut ke dia pergi dekat mama Franky? Tapi wanita itu seperti sangat membencinya.
"Err.."
"Get. Out." Potong Federica tanpa sempat Lily membuka mulut. Lily terus terdiam sebelum matanya berkaca.
"Mamma, don't. She's your daughter in law." Franky cuba memujuk ibunya.
Lily pantas menghapuskan air mata yang hampir mengalir.
"Saya turun dulu."
"No! Where are you going?" Soal Franky laju. Lily tersenyum manis dan menggeleng.
"Tak ada pergi mana mana pun. Saya nak tengok kawasan rumah ni je. Lagipun saya faham mama dengan awak perlukan privasi. Jangan risau, okey?" Jelas Lily. Belum sempat Franky berkata lagi, gadis itu sudah turun ke tingkat bawah.
Franky terus bangun untuk mengejar Lily. Federica yang melihat Franky itu terus mengerang sakit.
"Auch auchh! My head!" Federica memicit dahinya. Franky memandang Federica.
"Mamma are you okay?" Soal Franky sambil merenung wajah wanita itu. Federica menggeleng.
"La mia condizione non è la tua priorità. Tua moglie è più importante, vero? vai e inseguila. (Tak penting pun untuk kamu mama okey ke tak. Isteri lagi penting kan? Pergilah kejar dia.)" Dingin suara Federica. Sengaja ingin membuatkan Franky berbelah bagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
![2 | KNIGHT'S [C]](https://img.wattpad.com/cover/252188098-64-k300303.jpg)