"Assalamualaikum." Pintu rumah dibuka dan Franky terus masuk. Jam sudah hampir menginjak ke angka tiga pagi.
Dahi Franky berkerut melihat tubuh genit milik isterinya yang berbaring di atas sofa. Terus kakinya melangkah ke arah gadis itu. Wajah lena Lily ditatap sebelum dia mengejutkan Lily.
"Little girl, bangun. Kenapa tidur dekat sini?" Soal Franky pelik. Terpisat pisat Lily membuka mata apabila terdengar suara garau yang ditunggu dari tadi.
"Awak." Lily menguap kecil dan terus bangun dari baring.
"Awak saya minta maaf. Saya buat awak marah. Saya derhaka. Saya tahu saya tak patut tolak awak, saya tak patut buat awak marahkan saya sampai macamni. Saya rasa bersalah sangat, saya..."
"Hey hey it's okay. Don't cry." Tubuh Lily ditarik ke dalam pelukan apabila gadis itu mula menangis kuat. Lily terus menangis dan memeluk Franky dengan erat.
"Saya ingatkan awak dah tak balik sebab marahkan saya." Tercebik cebik bibir Lily menahan tangis. Franky tersenyum nipis.
"Tak.. aku tak marah. Take your time. Okay?" Pujuk Franky. Lily mendongak dan dia kembali menangis.
Franky menggaru kepala.
"Alah janganlah nangis. Aku tak reti pujuk lah." Franky mengaku kalah akhirnya. Pipi Lily dicium dan dia mengusap rambut lembut milik gadis itu.
"Awak.." tangan Franky digengam dan dicium.
"Kalau awak nak, awak boleh ambil. Saya rela." Bibir Lily tersenyum manis sambil mengelap air matanya. Franky menghela nafas.
"Let's not talk about this. Stop smiling when you are hurt because that's the ugliest smile I've ever seen. When you are sad, hurt. Don't smile. Don't hide your sadness in front of me."
Mata Lily kembali berkaca sebak. Kemudian gadis itu menunduk dan beberapa titis air mata mula turun membasahi pipi.
"Berhenti berlagak kuat. Just.. stop." Air mata Lily diseka dengan jemari kasarnya. Lily merenung Franky.
"Jom. Lain kali tidur je, tak payah tunggu aku." Franky menarik tangan Lily dan mereka mula menuju ke dalam bilik.
***
Lily mula membuka mata apabila terasa cahaya matahari mula menembusi suasana bilik yang redup dan sejuk itu. Tangan Franky dipinggangnya dialihkan dan Lily mengikat rambut style messy bun. Kaki melangkah keluar dari bilik setelah selesai mencuci muka dan menggosok gigi memandangkan hanya dia dan Franky sahaja di rumah besar itu.
Lily berjalan ke dapur lalu kuali diambil. Memulakan tugasnya. Tak kira dimana sahaja dia berada, sudah pasti dia akan menyediakan makanan terlebih dahulu setelah bangun tidur.
"Nak masak apa eh? Tuan Franzelx bukan makan pun benda benda berminyak. Tapi kalau tak masak guna minyak.. nak masak guna apa? Air?" Bebel gadis itu sendirian. Nafas perlahan dilepaskan dan dia mula mengambil juga minyak. Tak apalah, Franky jarang cerewet kalau dia masak.
Lily mula melangkah ke dalam bilik apabila siap menghidang makanan. Tubuh Franky yang masih tidur disentuh lembut.
"Tuan Franzelx.. awak.. bangunlah dah pagi ni. Itulah tadi saya dah cakap jangan tidur lepas subuh, degil. Tidur juga. Kan dah ngantuk." Bebel Lily. Franky mencelikkan matanya seketika sebelum dia kembali tidur.
"Sini."
"Arghh!" Lily terjerit kecil apabila tubuhnya ditarik ke dalam pelukan. Franky memeluk Lily seolah olah Lily adalah bantal peluk.
YOU ARE READING
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU