Tangan menggenggam kuat leher itu sebelum kasut kulit miliknya menendang perut lelaki tersebut sehingga lelaki itu terhentak di dinding.
Terus kasut Franky memijak dada Luke yang berombak laju itu sambil matanya memandang Luke yang tercungap cungap mencari nafas.
"Kenapa?" Kasut ditekan kuat ke dada Luke untuk memaksa lelaki itu membuka mulut.
Malangnya Luke lebih rela menerima sakit dari membuka mulutnya.
"Aku tanya kenapa?!" Jerit Franky sambil menghentakkan kakinya di dada Luke. Merah wajahnya bersama kemarahan yang membuak buak.
Tersembur darah dari mulut Luke membasahi lantai.
Franky mengambil pisau di atas lantai dan dihala pada dada Luke yang dipijak tadi.
"Jangan cabar aku, Luke."
"Bunuh lah aku. Dari dulu.. aku minta kau bunuh aku.. sekarang, bunuh.. bunuh aku!" Jerit Luke pula sambil menahan kesakitan.
Franky terus mencampak pisau ke kaki milik Luke. Lelaki itu meraung kesakitan di kaki akibat balingan pisau Franky.
Kemudian Franky memijak pisau itu dengan kasutnya agar lebih tertusuk dengan lebih dalam ke daging kaki milik Luke.
"Bagitahu aku, kenapa kau sakitkan isteri aku?" Gigi diketap. Bunyi pisau patah di dalam isi kaki Luke kedengaran.
"Sakit..."
"Then bagitahu aku kenapa kau sanggup buat Lily macamtu?!" Franky menendang tulang rahang Luke sehingga lelaki itu tertoleh ke tepi bersama darah yang keluar dari bibir.
"Bunuh aku, Franzelx." Lemah kedengaran suara Luke sambil mata lelaki itu hampir terpejam.
"I will, I fucking swear. Tapi aku takkan biar kau mati tanpa bagitahu aku apa sebab kau berani sakitkan Lily sedangkan selama ni.."
Franky mencapai botol kaca sebelum botol itu dilempar berkecai di atas muka Luke.
"Selama ni aku jaga dia melebihi nyawa aku sendiri!" Jerit Franky sambil matanya berkaca dan terus dia menghempas botol kaca bertalu talu ke muka Luke yang sedang bertarung sedang maut itu.
"M.. maaf.."
"Aku taknak maaf! Aku nak sebab!" Terus apa sahaja alat yang mampu menyakitkan Luke, diambil dan dibaling pada jejaka yang terbaring itu.
"Kali terakhir.. bagitahu aku. Kau sayang Lily, but you hurted her. Why...?" Gigi diketap dan tangan mengacukan pistol ke mata Luke.
"Sayang!!!"
***
Lily membuka matanya perlahan dan automatik tangannya melekap ke bahagian perut yang terasa ngilu.
"Argh..." Lily mengerutkan dahi menahan rasa ngilu. Mindanya kembali mengimbas kejadian yang membawanya ke sini.
Dia ditikam oleh.. Luke.
Air mata Lily bergenang.
"Lily." Skyler terus mendekati gadis itu apabila melihat mata Lily yang terbuka itu. Lily terus menoleh.
"Mana Franky?" Soal Lily perlahan.
"Dia... Ada." Tipu Skyler. Lily terus bangun dari baringnya sambil menahan pedih di bahagian tikaman perutnya.
"Saya nak Franky." Lily memandang Skyler dengan mata berkaca.
"Er.." Skyler menggaru keningnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
2 | KNIGHT'S [C]
Roman d'amour"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
![2 | KNIGHT'S [C]](https://img.wattpad.com/cover/252188098-64-k300303.jpg)