CAPITOLO QUARANTADUE 🎯

11.3K 625 157
                                        

Aulia menekan lengannya di leher Victoria bagi mengunci pergerakan gadis itu. Federica dan Che Farouk hanya memerhati.

"Kau siapa nak lawan aku, hah? Dasar perempuan tak sedar diri nak kahwin dengan Franzelx." Aulia tertawa sinis.

"Aku bukan lawan untuk kahwin dengan Franzelx." Victoria cuba untuk melepaskan lengan Aulia dari lehernya.

"Tapi aku lawan untuk orang yang Franzlex cinta, perempuan yang jadi mangsa manusia bertopengkan syaitan macam korang ni. Tu.. isteri Franzelx yang dia sayang habis habisan." Victoria terus menendang perut Aulia membuatkan gadis itu terdorong ke belakang.

"Kurang ajar!" Bentak Aulia sambil matanya memerah memandang Victoria. Kakinya berlari dengan pisau ditangan untuk menikam Victoria yang menguji sabarnya itu.

Victoria pantas memejamkan matanya bersedia jika dirinya ditikam dan riwayatnya tamat pada hari ini.

"Arghh!" Victoria terjerit kecil apabila tubuhnya ditarik kasar ke dalam pelukan seseorang sambil jantungnya berdegup laju.

Sikit lagi nak kena tikam.

Aulia terkedu melihat jejaka yang menyelamatkan Victoria.

"Kau nak tunjuk hebat ke apa ni?" Soal Skyler mendatar kepada Aulia sambil dia menolak Victoria agar berdiri di belakangnya. Wajah Aulia direnung dengan renungan tajam.

"Fuck!" Franky terus berlari ke arah Lily dan ikatan mata gadis itu dibuka. Dia melihat wajah Lily yang berlumur darah dan badan gadis itu yang lebam lebam.

Automatik darah mafia D'Ezekiel nya menggelegak di dalam tubuh.

"Apa.. yang korang dah buat pada isteri aku?" Franky mengacip giginya sehingga kedengaran bunyi rahangnya.

Melihatkan si isteri yang kaku dengan luka dan lebam disana sini sudah pasti membuatkan tahap sabarnya mati.

Hunter terus mengarahkan ahli medik membawa Lily pergi dan merawat gadis itu.

Mata memanah wajah Che Farouk dan ibunya yang berwajah pucat. Pasti tidak menyangka bahawa dia telah tahu tentang mereka berdua.

Federica mendekati Franky.

"Jangan sentuh aku! Bagitahu siapa yang buat isteri aku macamtu?!" Franky menolak Federica dengan kasar sehingga ibunya itu tersungkur ke lantai.

Kemudian dia mengeluarkan pistol yang mempunyai peluru berpandu dari seluarnya dan pistol itu dihala pada Che Farouk.

Atau lebih tepat, pacik.

BANG

Lelaki yang kononnya menjadi pemilik restoran dengan niat untuk mendekati Lily dan mengawasi tindak tanduk gadis itu selama Lily membesar.

BANG

"No no!" Federica terus memegang tangan Franky dari terus melepaskan tembakan ke arah Che Farouk yang turut mengeluarkan selaras pistol sambil mengelak tembakan Franky sebelum Hunter merentap tangan Federica dan mencengkam tangan itu kemas.

"Lepaslah!"

"Kau diam!!" Tengking Franky sambil memandang Federica.

Sunyi.

Seluruh bilik itu menjadi sepi. Tidak pernah Franky menengking Federica apatah lagi berkasar dengan wanita itu.

"Kau.. belot aku. Kau berpakat dengan dia untuk hancurkan rumah tangga aku, kau berpakat dengan dia untuk sakitkan isteri aku!" Franky menghalakan pistolnya ke arah Federica.

2 |   KNIGHT'S   [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang