CAPITOLO TRENTUNO 🎯

10.3K 568 103
                                    

"Kau sedia?"

Lily menoleh mendengar soalan Franky. Dahinya berkerut.

"Sedia untuk apa?"

"Untuk pulang ke istana dan bagitahu keluarga kau tentang semua ni. Tentang diri kau." Ujar Franky sambil menggenggam tangan Lily. Lily menggeleng.

"Saya..."

"Little girl, you're pregnant. Tak lama lagi anak kita akan lahir dan takkan kau nak anak kita tak tahu siapa keluarga mereka? Sejauh mana pun kau cuba lari, satu hari nanti semuanya akan terbongkar juga. Kau nak anak anak kita benci kau semata mata kerana ini? Kau nak hilang anak ni?" Soal Franky. Air mata Lily mula bergenang.

"Saya takut. Macamana kalau mereka tak percayakan saya dan anggap saya ni seorang pembohong? Tak mustahil saya akan mati."

Bibir Franky tersenyum sinis.

"You won't. They'd never hurts you if I am alive. Never. Mark my words." Serius renungan yang diberi oleh Franky kepadanya.  Lily membalas genggaman tangan Franky dan air matanya mula luruh.

"Kalau awak pula mati.. macamana?" Soal Lily.

"I'm D'Ezekiel, Lily. We have a lot of weapons and we can started the war. We can win. And we can destroyed this kingdom in a second."

Lily tertunduk dan mengangguk perlahan. D'Ezekiel. Siapa sahaja tidak kenal kumpulan bangsawan mafia ini? Sedangkan polis juga takut untuk memburu mereka.

"I will protected you." Franky mendekatkan jarak mereka dan bahu Lily dipeluk.

"Eventho I need to be a beast."

***

Bibir yang dari tadi menyanyikan lagu berdendang merdu di sekitar taman istana.

"Wah merdunya suara Tuan Puteri."

Si gadis menoleh dan tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang manis. Kaki melangkah ke arah dayang yang sedang menghidangkan minum petang untuknya.

"Bonda dan Ayahanda mana?" Soal si gadis sambil tangannya mengambil makanan di dalam piring kaca itu lalu disumbat ke dalam mulut.

"Mereka ada sahaja. Kenapa?" Soal dayang itu. Gadis berlesung pipit menggeleng laju. Rambut yang terjurai panjang disanggul dan dikepit.

"Oh ya. Tuan Puteri Lily kenal D'Ezekiel?" Soal dayang itu. Gadis yang digelar sebagai 'Tuan Puteri Lily' itu mengerutkan dahi.

"Kenapa?" Soal gadis itu ingin tahu.

"Mereka menghantar utusan untuk menghadap Sultan dan Permaisuri nanti minggu depan. Sekarang pihak istana sedang buat persiapan untuk menyambut mereka kerana D'Ezekiel adalah golongan bangsawan Itali. Mungkin dengan cara ini, hubungan negara kita dengan Itali dapat dieratkan." Ujar dayang itu sambil menuangkan air ke dalam cawan si puteri.

Si puteri itu terdiam. Semestinya semua orang kenal D'Ezekiel. Bibirnya tersenyum lebar.

Dapatlah dia berjumpa dengan salah seorang golongan bangsawan tersebut. Jejaka yang diminati dalam diam sejak dulu lagi.

Franzelx D'Ezekiel

***

"Bonda.. boleh Lily masuk?" Pintu diketuk beberapa kali sambil melihat si Permaisuri yang sedang membelek bunga.

"Masuklah sayang."

Si Puteri melangkah masuk.

"Bonda, betul ke minggu depan D'Ezekiel akan datang untuk bertemu kita? Atas sebab apa?" Soal puteri itu.

2 |   KNIGHT'S   [C]Where stories live. Discover now