CAPITOLO VENTUNO 🎯

9K 545 67
                                    

"I think I'm off tomorrow." Ujar Franky sambil menganga mulutnya. Terus makanan yang disuap oleh Lily masuk ke dalam mulutnya.

"Why?" Soal Federica yang turut makan bersama pasangan berdua itu.

"Because my wife isn't well and I need to take care of her." Franky memandang Lily. Gadis itu tersentak dan turut merenung Franky.

"Saya okey je." Balas Lily laju. Nasi disuap ke mulut Franky sambil dahinya berkerut tidak setuju.

Melampau pula rasanya jika Franky cuti dari kerja hanya kerana dirinya. Nanti semakin bertambah pula rasa benci Federica terhadapnya.

"She's okay." Federica menjulingkan mata ke atas sambil menunjuk ke arah Lily yang hanya sihat.

"Her heart isn't." Potong Franky. Kemudian dia memandang Lily. Tepat sangkaannya apabila Lily sudah menunduk. Pasti menahan tangis.

Alahai bini.

Lily mengetap bibir. Terharu apabila Franky cuba mendalami dirinya.

Tangan Lily kembali menyuap Franky. Federica mengeluh dalam diam. Kalau Franky tak kerja esok, pastilah Victoria tidak akan datang ke rumah ini esok kerana Victoria hanya bekerja sekiranya Franky pergi ke pejabat.

"How about Victoria?" Soal Federica risau.

"Why? She can has her off day." Franky mengerutkan dahi melihat ibunya yang dari tadi asyik menyebut nama Victoria.

"I would be bored tomorrow." Muram wajah Federica.

"You have your daughter in law, mama."

"You said that she is sick right? So why I need to disturb this ma'am?" Walau bernada biasa, Lily dapat mengesan sindiran dari ibu mentuanya.

"No. Aku dah kenyang." Franky menahan tangan Lily yang ingin menambah nasi untuknya. Federica turut bangun dan melangkah pergi setelah siap makan. Lily mengutip pinggan Federica dan dibawa ke sinki.

Tiba tiba terasa tangannya dipegang.

"Biar aku buat."

"Tak. Tak apa." Jawab Lily sambil melepaskan genggaman Franky dan mula mencuci pinggan.

"Little girl.."

"No just.. go. Saya boleh buat. Apa guna saya jadi isteri kalau semua nak harapkan awak? Awak kerja lagi, balik mesti penat. Saya pula mengada ngada nak tambah susah awak." Bibir diketap sebelum dia menoleh ke sisi apabila matanya berkaca.

"That's it. Mama cakap apa dekat kau?" Soal Franky. Lily pantas menggeleng. Air matanya dilap.

"Mama tak ada cakap apa pun." Lily mula mencuci pinggan dan sekali lagi tangannya digenggam kemas.

"Awak..."

Franky menarik Lily ke dalam bilik dan pintu bilik dikunci. Terus esakan Lily terlepas. Franky meraup muka dan tangannya mula menarik Lily ke dalam pelukan.

"Aku dah cakap mama tak perlu balik ke sini tapi kau nak jugak mama balik. She hurts you and dia buat aku hilang isteri aku yang ceria." Franky merenung wajah Lily.

"Hina ke jadi orang miskin? Hina sangat ke gadis kampung macam saya?" Perlahan lahan kedengaran bisikan Lily.

Tengku Nialily Danielle.

"Saya tak tahu dekat mana salah saya sampai mama tak suka saya. Saya taknak kecil hati dengan mama tapi mama buat saya macam orang luar. Saya taknak hidup dengan orang yang bencikan saya." Luah Lily sambil mula menangis dengan kuat. Tubuh Franky dipeluk kemas.

2 |   KNIGHT'S   [C]Where stories live. Discover now