CAPITOLO SEI 🎯

11.6K 781 83
                                    

"Awak patut cuba makan dekat sini tau. Sedap je makanan dia tak adalah teruk sangat." Lily cuba mengajak jejaka bandar itu untuk mencuba masakan di gerai biasa. Itulah kalau dari kecil diasuh dengan kemewahan mana dia ingin makan makanan di gerai sebegini.

"Makan je lah bising betul kau ni." Gerutu Franky geram.

"Tapi awak tu dari semalam tak makan apa apa kan? Nanti sakit macamana? Saya tak larat tau nak usung awak pergi hospital." Jawab Lily pula. Kemudian dia menyua garfu yang terlilit maggie goreng kepada Franky.

"Makanlah." Muka comel disua sambil dia mengelipkan mata bulatnya ke arah Franky. Franky merenung wajah comel itu sebelum nafas kasar dihela. Garfu ditangan Lily diambil dan maggie disuap ke dalam mulut.

"Sedap kan?"

"Not bad." Franky berkerut wajah menjeling Lily apabila terasa seperti maggie itu mengandungi minyak yang banyak di dalam mulutnya.

It's okay, Franky. Just this time.

Akhirnya Franky menelan juga maggie itu dan menongkat dagu merenung meja plastik itu. Meja pun tak berkualiti, kerusi pun kerusi plastik, macamana manusia boleh datang makan disini? Franky menggerutu sendiri.

Lily tersenyum nipis. Susah betul bila orang kaya datang ke kampung yang serba kekurangan ini. Tapi yang peliknya, makan pula Franky ni masakan dia walaupun dia cuma masak makanan kampung.

Franky memerhati Lily yang ralit makan makanan itu. Dahla mee tu berminyak. Tak takut kena penyakit ke budak ni? Makan macam dah tiada hari esok.

Air suam di dalam gelas diteguk perlahan. Hanya air itu sahaja yang mampu dia telan. Well, Franky terkenal dengan sifatnya yang tidak suka makan benda benda mengarut yang mampu menempah sebarang penyakit. Sebab tu jika ada makanan yang dia tidak makan maka Skyler lah yang akan menghabiskan makanan miliknya dengan rela hati.

Kecuali masakan Lily. Hehe.

"Dah siap. Pacik!" Lily berlari lari anak ke arah pacik gerai untuk membayar makanannya. Franky menggeleng kecil melihat gelagat keanak anakan Lily. Macamana dia boleh terpikat dengan gadis ini sebenarnya? Perangai sangat sangat menjengkelkan dirinya. Tapi dah hati pilih yang kecil comel ini dia dah tak boleh buat apa.

"Jom. Kita balik. Saya nak tidur." Lily merenung Franky yang tinggi darinya itu.

"What the fuck?! Siapa ajar kau tidur lepas makan benda berminyak ni?!" Terbuntang mata Franky dengan riak tidak percaya. Seriuslah ini gadis yang dia suka? Tapi kenapa badan Lily masih kurus?

Sama macam kakak iparnya dan Skyler. Makan banyak tapi masih kurus. Bela saka!

Lily menarik Franky pergi dari gerai itu dengan laju.

"Hisy awak ni. Janganlah cakap macamtu. Nanti pacik dengar kan kecil pula hati dia. Mana ada berminyak lah. Saya makan okey je." Geram pula Lily dengan lelaki cerewet ini.

Franky merengus dan menolak Lily yang menghalang laluannya dan dia terus masuk ke dalam kereta. Lily turut kalut masuk ke kereta sebelum dirinya ditinggal oleh Franky.

"Jangan tidurlah!" Franky merenung Lily dengan pandangan tajam apabila gadis itu menurunkan kerusi kereta. Pantas dia menegakkan balik kerusi keretanya.

"Jangan tidur. Tak elok tidur lepas makan benda berminyak." Dahi Lily dijentik sebelum dia memulakan pemanduan. Lily mencebik.

***

"Ikaa! Ika okey?" Pantas Lily berlari ke arah Quinn Davieka yang sedang menonton televisyen di atas rumah. Tangan gadis itu yang berbalut diperhati.

2 |   KNIGHT'S   [C]Where stories live. Discover now