Lily tersenyum kecil melihat baju kurung berwarna putih di atas katilnya. Tak lama lagi dia akan berkahwin dengan Franky.
Gila.
Tak pernah terlintas di dalam kepalanya untuk berkahwin dengan Franzelx D'Ezekiel, adik pemimpin organisasi golongan bangsawan Itali yang tersenarai dalam tangga teratas jutawan antarabangsa.
D'Ezekiel.
"Nervous?" Soal Quinn Davieka yang melangkah masuk sambil meletakkan kasut kaca untuk Lily. Gadis itu mengangguk.
"Ika, betul ke apa yang Lily buat ni?" Soal Lily perlahan. Quinn Davieka mengerutkan dahi.
"Why?"
"Lily tak rasa Lily boleh jadi isteri Tuan Franzelx. Lily takut." Luah gadis itu.
Dirinya yang tiada apa apa, berkahwin dengan lelaki sehebat ini? Drama apakah..
"Percaya pada diri you, Lily. You can do this. Marry him, get you both the happiness and built a love story that no one ever expected." Ujar Quinn Davieka. Lily menggigit bibir dan memandang diri sendiri di cermin.
Little girl.
Lily menghela nafas dan mengangguk. Ya Nialily, you can do this. Built a love story that no one ever expected.
"Terima kasih, Ika." Senyuman dilebarkan. Quinn Davieka mengangguk dan terus bangun.
"Come. I make up kan you. You kena tahu tau, I ni ada banyak hidden talents. Hahah." Bicara Quinn Davieka sambil mengambil beg alat mekap dan meletakkan beg itu di atas meja solek. Lily turut melangkah ke meja solek.
"Eh tapi you nikah malam ni kan? Sekarang dah nak isya' so apa kata solat dulu? Barulah nanti tak kena susah payah nak tanggalkan mekap untuk ambil wudhuk kalau terkentut ke apa. Dahla mekap ni waterproof."
Lily tergelak.
"Lily datang bulan lah Ika." Ujar gadis itu. Quinn Davieka melopong.
"Oh damn ruginya Franky nikah malam ni!" Quinn Davieka membuat riak sedih mengenangkan si adik ipar yang bakal berkahwin nanti tidak dapat bermalam pertama bersama isteri kerana isteri datang bulan.
Hampir dua jam berceloteh dan menyolek wajah Lily, akhirnya wajah gadis itu sudah siap bersama solekan nipis tetapi mampu menimbulkan aura baru kerana Lily tidak pernah bersolek sebelum ini.
"You're so beautiful." Quinn Davieka terkagum melihat wajah Lily. Lily terasa darah menyerbu ke pipinya dan dia hanya tersenyum nipis.
"Now, pakai baju ni and then I akan lilitkan shawl untuk you. Go!" Arah Quinn Davieka teruja. Macam dia pula nak kahwin.
Lily hanya akur.
Saat bayangan Lily menghilang untuk menukar pakaian, mata Quinn Davieka menangkap kelibat yang sedang memerhatikan mereka berdua.
Kelibat itu terus berlalu pergi apabila Quinn Davieka mengesan kehadirannya. Quinn Davieka mengetap rahang dan menyabarkan diri sendiri.
"Ika, tengok apa?"
Terus Quinn Davieka menoleh dengan pantas. Kepala digeleng dan senyum diukir.
"Tak ada apalah. Tengok pokok tu je. Jom." Tangan Lily ditarik dan dia mula menghiaskan Lily.
***
"Why?" Soal Hunter tidak puas hati. Lily turut memandang bakal birasnya itu.
YOU ARE READING
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU