Kelihatan para pengawal istana beratur dengan sangat teratur dan memberi tunduk hormat kepada keluarga bangsawan Itali itu.
Lily menggenggam tangan Franky dengan kuat.
"It's nothing. Just smile." Bisik Franky perlahan. Lily tersenyum nipis dan mengangguk. Mata Lily memandang bangunan Istana yang dulu pernah dia diami.
Seorang pengawal menunjukkan mereka jalan ke bilik khas untuk bertemu.
Setibanya di dalam bilik, air mata Lily berkaca melihat wajah yang dirindui. Ingin sahaja dia berlari dan memeluk kedua ibu bapanya itu.
Kerusi yang ditarik oleh pembantu istana itu diduduk dan kini semuanya berhadapan antara satu sama lain.
"Assalamualaikum, your highness Sultan and Permaisuri." Franky meletakkan tangan di dada dan menunduk sedikit.
Sultan Tengku Nizzar tersenyum melihat adab keluarga bangsawan itu.
"Waalaikumussalam." Jawabnya. Permaisuri Tengku Anabella juga tersenyum dan menunduk sedikit.
"Boleh cakap melayu?" Soal Permaisuri. Franky mengangguk.
"Seperti yang dah tertulis di dalam surat, kami menghantar surat untuk menghadap Sultan dan Permaisuri kerana ada hal yang saya perlu khabarkan." Ujar Franky sebelum mengambil dokumen dari tangan anak buah yang menjadi pengiring.
Bunyi pintu diketuk mengalihkan tumpuan semua orang.
"Dah mula ke? Maaf, saya lambat." Gadis berbaju gaun merah cantik itu melangkah masuk sambil tersenyum. Dia mengambil tempat di sebelah bondanya.
"Oh, kenalkan. Ini Tengku Nialily Danielle. Puteri kami." Ujar Permaisuri sambil menggenggam tangan si gadis jelita berbaju merah itu.
Hampir gugur jantung Lily mendengar berita itu. Franky turut tersentak dan mengerutkan dahi.
"Apa?" Soal Franky kurang percaya.
Si gadis itu tersipu apabila Franky merenungnya. Rambutnya yang berwarna perang dibetulkan sambil pipinya mula merah.
"Ini anakanda kami. Puteri Nialily." Ujar Sultan Nizzar. Franky memandang Lily di sebelahnya. Gadis itu juga kelihatan terkedu dengan si gadis yang menjadi 'Lily' itu.
"Awak, jom kita balik." Lily berbisik kepada Franky seraya ingin bangun namun Franky menarik gadis itu kembali duduk di atas kerusi.
"Bukankah setahu saya, Tuan Puteri melarikan diri dahulu? Berita tentang Puteri Nialily dah tersebar di seluruh dunia." Ujar Franky.
Dapat dilihat wajah si puteri mula berubah.
"Ya, memang dia pernah melarikan diri dahulu tapi dua tahun selepas itu dia kembali ke istana ini." Permaisuri merenung wajah si puteri dengan penuh kasih.
Air mata Lily kembali bergenang. Terus kepala ditundukkan sambil tangan digenggam kemas. Cuba untuk menahan tangisannya.
"Boleh saya minta bukti bahawa dia adalah Tengku Nialily?" Soal Franky lagi.
Sultan Tengku Nizzar membasahkan tekaknya.
"Signore Franzelx, apa hajat kalian ke sini? Kalau boleh, kita segerakan hal yang mungkin lagi penting sehingga membawa D'Ezekiel ke sini." Ujar Sultan Nizzar.
"I come here for this. Kalau betul dia Tengku Nialily, then who is Tengku Nialily Danielle beside me right now?" Soal Franky sambil memandang Lily yang sedang menunduk.
"Apa yang kamu cakapkan ini?" Soal Sultan Tengku Nizzar kurang jelas.
"Awak.. s.. saya nak balik." Terketar ketar suara Lily sambil menahan empangan air mata yang hampir gugur.
YOU ARE READING
2 | KNIGHT'S [C]
عاطفية"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU