"Awak.." Lily melangkah ke arah Franky dan tangan lelaki itu dicium.
"Harini saya start uruskan restoran saya tau. Saya nak minta doa dan restu awak supaya urusan saya dimudahkan." Lily tersenyum manis sambil merapikan rambut Franky.
Franky menarik kepala gadis itu dan dahi Lily dicium lembut. Kemudian pipi Lily dicubit.
"Take care." Pesan Franky. Lily mengangguk laju. Pipi Franky dipekup dan kakinya menjengket. Bibir Franky dicium.
Lelaki itu membalas seketika dan tautan bibir mereka dilepas.
"Nak aku hantar tak?" Soal Franky sambil mengambil briefcasenya. Lily menggeleng.
"Saya boleh pergi sendiri. Awak pun rushing ke ofis kan? Stay safe." Sekali lagi pipi Franky dicium. Lelaki itu tersenyum nipis dan melangkah keluar dari rumah.
***
"Keluar."
"Lily..."
"Saya cakap keluar, keluar."
"Lily dengar dulu apa yang abang Luke nak cakap. I.. didn't meant to shoot you. Abang cuma tersilap. Everyone make mistakes." Luke memegang lengan baju Lily namun pantas gadis itu melarikan tangannya.
"Jangan ganggu saya. Tolong keluar sebelum saya suruh security bawa awak keluar." Lily berkeras sambil jemarinya menunjuk ke arah pintu.
"Yang susah sangat nak tinggalkan Franky tu kenapa? He doesn't loves you! Atau, Lily sebenarnya nakkan harta dia? Oh, kaki kikis rupanya." Luke memeluk tubuh bersama tawa sinis.
"Jangan sesuka hati buat fitnah."
"Fitnah apa? Kalau Franky tu bukan orang kaya, Lily akan pilih abang kan? Kita dah hampir kahwin dah dulu. But what happend? Lily pergi tinggalkan abang sebab orang kaya tu! Lily lebih rela jadi perempuan simpanan dia daripada jadi isteri abang."
"I'm his wife!"
"Isteri yang tak direstui. Mama Franky tak suka Lily. Tapi Lily masih degil nak jadi isteri Franky. Tak rasa macam pelacur yang terdesak?"
PANG!
Kepala Luke terteleng ke tepi. Nafas Lily turun naik dengan laju dan tangannya digenggam kuat.
"Dengan perangai awak yang macamni, awak nak saya kahwin dengan awak? Awak tanya saya kenapa saya pilih Franky? Sebab dia jauh lebih baik dari awak! Korang semua nampak perangai buruk dia tapi pernah ke korang nampak how much he cares about me? Dia, tak pernah pun hina saya! Dia dah jadi lelaki yang terbaik tapi dia tak tunjuk baik dia depan semua orang. Dan saya nampak kebaikan dia. Jadi berhenti pertikaikan saya. Saya tak hamaklah duit dia. Saya tak pernah guna duit yang dia bagi pada saya. Sekarang tolong keluar." Bergetar suara Lily bersama air mata yang bakal tumpah bila bila masa sahaja.
Luke mengangguk.
"Okay. Abang takkan halang Lily nak terus jadi isteri Franky. Tapi abang nak tengok sejauh mana Lily boleh hidup dengan lelaki yang tak cintakan Lily." Luke melangkah keluar dan pintu dihempas.
Lily terduduk dan mukanya dipekup.
***
"Lily Lily Lily!" Hana berlari ke arah Lily yang sedang mengelap meja itu.
Apa, ingat pemilik restoran tak kena buat kerja ke?
Lily mengangkat keningnya memandang Hana.
"Weh.. Signore Franzelx datang weh." Beritahu Hana dengan wajah teruja. Lily membulatkan mata.
ANDA SEDANG MEMBACA
2 | KNIGHT'S [C]
Roman d'amour"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
![2 | KNIGHT'S [C]](https://img.wattpad.com/cover/252188098-64-k300303.jpg)