Lily membuka mata apabila terdengar bunyi ayam dari luar. Terus dia menoleh memandang jam.
5 pagi. Awal betul ayam ni bangun.
Terus Lily memegang tangan Franky yang memeluk erat tubuhnya. Dengkuran halus kedengaran. Kepala ditoleh merenung wajah Franky yang masih lena. Memandangkan kandungannya sudah sembilan bulan lebih, maka dia sudah tidak boleh tidur mengiring kerana perutnya yang besar.
Franky pula sesuka hati peluk dia kerana lelaki itu kata lagi sedap peluk time mengandung. Badan besar kan? Mesti sedap dipeluk.
Lily mengalihkan tangan Franky ke sisi jejaka itu lalu bangun. Bibir Franky dicium sekilas dan gadis itu terus turun dari katil.
Kaki melangkah ke bilik air dan membersihkan diri sebelum bergerak ke dapur. Masuk dapur jam 5 pagi?
Normal.
Peti ais dibuka dan Lily mengambil sisa ayam yang tidak habis dimakan semalam lalu dipanaskan dan dimakan. Matanya mencari makanan lain untuk disumbat ke dalam perut.
Kisah apa gemuk, lepas bersalin nanti boleh diet balik. Sekarang ni, sumbat dulu makanan dekat anak dalam perut.
Baru sahaja Lily ingin bergerak ke arah peti kembali, kakinya terasa basah seperti ada air mengalir. Terus dia menunduk dan melihat air jernih keluar dari celah pahanya.
"Ya Allah!" Lily membulatkan mata dan terus berlari ke dalam bilik yang berada di tingkat bawah. Mereka tidur dibilik bawah kerana Franky tidak mahu Lily menaiki tangga.
"Sayang, sayang! Air ketuban saya dah pecahlah." Lily menggoyangkan badan Franky yang masih lena.
"Ish..sayang!" Lily mengepit hidung Franky agar jejaka itu tidak dapat bernafas. Terus mata Franky terbuka dan tangan Lily ditepis.
"What?" Jejaka itu menguap sambil memandang Lily. Kemudian matanya jatuh ke arah kain Lily yang kelihatan basah.
"Air ketuban saya pecah." Bagitahu Lily.
"The fuck?!" Terus terjerit Franky dan jejaka itu pantas bangkit dari katil. Lily memerhati si suami yang kalut dan dahi berkerut bingung.
Yang kalut sangat ni kenapa?
***
"Awak..sakit." air mata Lily jatuh. Selepas tiba di hospital barulah dia terasa sakit di bahagian ari ari. Contraction mungkin.
Franky menggenggam tangan Lily dan dicium lembut. Dahi berpeluh wanita itu diusap.
"Okay, bukaan dah 10cm. Bila saya suruh teran, Tuanku teran ya." Ujar doktor perempuan itu. Lily mengacip gigi sambil menggenggam tangan Franky dengan kuat dan angguk.
"Tuanku boleh teran."
"Arghhh!" Jerit Lily sambil mengeluarkan segala kudrat. Franky memerhati wajah itu. Wanita, ibu yang melahirkan. Sangat perit. Dia sudah biasa terkena peluru, ditikam dan pelbagai lagi. Namun itu biasa sahaja baginya.
Tapi melihat gadis yang dicintai bertarung nyawa sebegini, benar benar membuatkan jantungnya hampir gugur.
"Awak, sakit!!" Jeritan Lily memenuhi ruangan itu.
"Sikit lagi tuanku puteri. Teran lagi." Arah doktor itu.
"Sikit lagi, little girl. Kau kuat." Bisik Franky sambil mencium pipi Lily. Lily mengalirkan air mata.
"Saya tak boleh.. sakit." Lily menangis kuat.
"Tuanku, tuanku kena teran lagi. Nanti baby lemas." Ujar doktor itu. Terus Lily teresak esak menangis.
YOU ARE READING
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU