⚠️ This chapter contains A FEW ADULT elements. if you do not feel comfortable with this, you are NOT encouraged to continue reading. ⚠️
(16+)
***
Franky memandang Lily yang sedang membancuh air kopi untuknya. Kemudian air itu diberi oleh si gadis.
"Nah, minumlah." Lily tersenyum manis. Franky berwajah beku mengambil air itu. Air dicicip perlahan.
"Lengan awak sakit lagi?" Lily mengambil sebelah tangan Franky dan diletakkan di atas ribanya. Luka tembakan di lengan Franky diteliti. Nasib baiklah tidak teruk sangat.
***
Franky yang mendengar pintu kereta terbuka terus menoleh. Kakinya laju berlari ke arah Lily dan gadis itu ditarik.
"Aku kata jangan keluar!!"
BANGG!
Peluru yang dilepaskan oleh Luke kepada Lily terus mengena pada lengan Franky.
"Arghh!" Jerit Lily apabila melihat tangan Franky yang mula berdarah.
"Abang Luke!!" Jerit Lily tidak percaya apabila lelaki itu cuba membunuhnya seketika tadi.
Luke mengetap gigi apabila sasarannya tidak mengena. Sial punya Franky.
Luke yang melihat tangan Franky berdarah itu terus menerpa dan menumbuk wajah Franky.
"Abang Luke sudahla!" Lily menolak tubuh Luke namun lelaki itu sedikit pun tidak berganjak.
Kaki Franky menendang kepala Luke sehingga lelaki itu tersungkur ke tanah.
"Masuk dalam kereta." Arah Franky. Luke mengambil pistol yang tercampak lalu dihala pada Franky.
"Jangan berani masuk kalau taknak suami kau mati." Luke mengugut sambil memandang Lily. Lily terpana. Saat ini Luke memang sudah berubah. Tiada lagi watak abangnya dahulu.
"Masuk!"
"Aku kata jangan!"
BANG BANG
Franky menolak Lily dan dia juga sempat mengelak dari tembakan Luke. Beberapa das tembakan turut dilepaskan pada Luke tanpa menghiraukan tangannya yang berlumuran darah itu.
Lily memandang dua orang jejaka yang saling berbalas tembakan itu sebelum tangannya digenggam kemas.
"Aku kata cukup!!" Jeritan Lily bergema di kawasan itu. Terus dia memandang Luke dengan renungan tajam. Anak mata coklatnya mula berubah.
Kaku. Tubuh Luke menjadi kaku seperti patung.
Kemudian Lily memandang Franky. Sebaik sahaja matanya bertembung mata amethyst Franky, terus dia menyeringai bagaikan ditikam di bahagian mata.
"Arghh!" Lily memekup kedua matanya dan terduduk.
***
"So you knew about lens." Lily tersenyum nipis. Tangan Franky diambil dan dicium.
"Saya minta maaf. Saya tahu saya silap sebab saya tinggalkan awak. Saya jadi isteri nusyuz. Tapi saya buat semua ni sebab saya taknak orang tahu pasal lens ni. But you knew it. Saya..."
"Stop it." Franky menarik tangannya yang dicium oleh Lily. Riaknya hanya dingin tanpa sebarang senyuman.
Mata Lily kembali berkaca.
YOU ARE READING
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU