2 years later..
***
"Ezekiel Invest Holdings telah mencatatkan pencapaian sebagai salah sebuah syarikat yang menakluki hampir 40 peratus ekonomi di negara Malaysia sekaligus mengangkat syarikat tersebut sebagai syarikat yang termaju di Malaysia dan juga beberapa negara lain seperti Vietnam dan juga Jepun."
Bibir Lily tersenyum mendengar berita yang baru masuk ke dalam telinganya.
"Eh eh kau ni tersenyum senyum. Buatlah cepat." Gesa gadis yang berada di sebelahnya dari tadi. Lily berdecit. Nak berangan pun tak boleh.
"Sabarlah Hana. Aku tengah buatlah ni. Yang ni aku yakin mesti jadi punya." Ujar Lily sambil menayangkan jemarinya kepada Hana.
Rakan di tempat kerjanya.
"Nah, cuba rasa." Sedikit sos diberi pada Hana dan gadis itu mencuba sedikit. Keningnya terangkat.
"Sedap kan? Aku dah kata dah." Lily beriak bangga sebelum tergelak. Hana menampar bahu gadis itu.
"Sedaplah Lily! Boleh buat menantu ni." Hana menjilat sos di sudu itu.
"Bila masa kau ada anak ni?" Soal Lily sebelum tergelak.
"Bukan menantu aku lah. Menantu orang lain! Kau ni. Lagipun kau tu makin lama makin tua tau, bila nak kahwin? Apa? Kau masih berangan nak kahwin dengan crush kau.. siapa tu? Ha! Franzlex D'Ezekiel. Kau ingat dia pandang ke orang macam kita ni? Berhenti berangan, baik kau kahwin dengan Luke tu. Aku tengok dia dah lama usyar kau." Panjang lebar Hana berceloteh sambil membawa sepiring sos untuk dicuba oleh orang lain.
Lily masih diam. Franzelx D'Ezekiel. Semestinya lelaki itu baik baik sahaja. Dia selalu ikuti perkembangan Franky dari jauh.
Tapi dia tak pernah dengar berita tentang perkahwinan Franky. Mustahil Franky masih belum berkahwin setelah dua tahun dia melarikan diri dari jejaka itu.
Sudahla Lily. Berhenti fikirkan dia.
Lily mengeluh dan mula membasuh tangan. Apronnya dibuang dan disangkut pada paku sebelum dia membuka pintu pejabat yang terdapat di dalam restoran miliknya.
Dahi berkerut melihat jambangan bunga yang berada di atas meja. Setiap hari pasti bunga itu ada.
-great job miss Lily. Glad to see your succession-
Bibir Lily tersenyum. Laci dibuka dan kad itu diletakkan di dalam laci khas bersama kad kad yang diterima sebelum ini.Bunga itu dicium. Bunga plastik. Apalah. Lily memacakkan bunga itu di sudut mejanya.
"Lily.." pintu yang terbuka membuatkan kepala Lily terdongak.
"Pacik, kan Lily dah cakap jangan masuk macamtu je. Lain kali ketuk dulu." Tegur Lily. Pacik tersenyum dan menarik kerusi. Bunga di meja Lily dipandang.
"Franky bagi bunga lagi?"
Lily mengerutkan dahi.
"Kesitu pulak. Bukan Franky lah. Mungkin Abang Luke. Ataupun orang lain tapi bukan Franky. Dia dah lupakan saya dah. Mustahil dia masih ingat Lily sedangkan dah dua tahun kami tak jumpa." Lily berkata sambil tersenyum tawar.
"Pacik, sos tadi macamana? Sedap tak?" Soal Lily teruja. Pacik mengangguk.
"Sebab tu lah pacik datang. Apa kata kalau mula mula ni kita buat sample dulu lepastu kalau ramai yang berminat, kita boleh keluarkan secara commercial."
YOU ARE READING
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU