CAPITOLO TRENTATRE 🎯

10.3K 564 91
                                        

"Sayang!"

Franky tersenyum nipis mendengarkan perkataan sayang yang keluar dari bibir Lily. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Lily.

"Awak buat apa?" Soal Lily sambil memanjat tubuh Franky. Franky terus memeluk pinggang Lily dan kaki Lily melingkar memeluk pinggangnya.

Sejak mengandung ni, Lily kalau boleh nak tampal gam di tubuh Franky biar sentiasa melekat dengannya.

"Masaklah. Mana boleh biar kau masak. Nanti entah apa apa makanan tak sihat kau buat. Fasa mengandung ni mana boleh makan benda macamtu." Bebel Franky sambil mengambil pinggan dan diletakkan di atas meja.

Lily mencebik. Salah ke dia masak maggie goreng basah dan makan aiskrim setiap malam?

"Buatlah macamtu lagi, buat. Cium kang." Franky mengecilkan matanya ke arah Lily. Terus Lily tergelak dan memeluk kepala Franky.

"Jom makan." Franky meletakkan Lily di atas kerusi dan dia juga duduk di sebelah gadis itu. Cepat sahaja Lily bergerak ke ribanya dan duduk di atas riba Franky.

"Manja." Kutuk Franky.

"Manja pun dah tak boleh ke?" Soal Lily sambil matanya mula berkaca. Franky tergelak kecil melihat Lily yang sensitif.

"Boleh." Kelopak mata Lily dicium. Terus gadis itu tersenyum lebar dan mula menyuap makanan ke dalam mulut Franky.

"Harini awak nak pergi rumah mama ke?" Soal Lily sambil mengelap sisa makanan di mulut suaminya.

"Haah. Why?" Soal Franky.

"Saya nak ikut." Ujar Lily. Franky menghela nafas. Bukan dia taknak Lily berjumpa dengan ibunya, tapi takut jika kejadian dulu berulang lagi.

Dimana Lily pergi meninggalkan dirinya.

"Saya okey. Sampai bila saya nak jauhkan diri dengan mama? Walau apa pun saya tetap kena berbaik dengan mama." Ujar Lily.

"Tapi nanti kalau jadi macam dulu.."

"It's okay. Saya dah berubah lah." Lily tersenyum manis memandang Franky. Kali ini dia akan cuba untuk memberanikan dirinya untuk berhadapan kebencian ibu mentuanya.

***

Victoria mengerutkan dahi melihat Lily yang keluar dari kereta Franky.

Oh. Dah berani datang?

Franky mengenggam tangan Lily dan mula masuk. Victoria terus tersenyum manis memandang kedua dua orang itu.

"Hai, Lily! Kenapa lama tak datang sini? I miss you." Terus Victoria memeluk Lily. Lily tersenyum lebar dan membalas pelukan gadis itu. Franky terus masuk ke dalam rumah mencari si ibu.

"Mamma." Franky mencium pipi Federica.

"Hey baby boy. Have you eaten?" Soal Federica. Franky mengangguk dan kemudian dia memegang tangan Federica.

"Lily's outside. She wants to meet you." Ujar Franky. Federica mengerutkan dahi.

"What is she doing here?" Soal Federica.

"Mamma, please. Be nice to her because she deserves you love as her mother in law. She's really wants to ask you for forgiveness."

Federica merengus dan menjeling.

"Whatever." Federica terus berlalu ke ruang tamu dan melihat Victoria yang sedang berbual dengan Lily.

Dah ambil anak dia dari dia, sekarang nak ambil Victoria pula? Dasar lapar kasih sayang!

2 |   KNIGHT'S   [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang