"I can't leave you here alone." Ujar Franky perlahan sambil melihat Lily yang sedang mengemas pakaiannya untuk pulang ke KL.
Atas paksaan Hunter, dia terpaksa bersetuju untuk pulang ke Kuala Lumpur dan mendapatkan rawatan untuk tangannya.
"Awak.. Kan saya dah cakap saya boleh jaga diri? Lagipun selama ni saya hidup sendirian je dengan atuk. Tak ada apa apa jadi pun. Awak jangan risau, okey? Nanti bila tangan awak dah sembuh awak datanglah sini balik jenguk kami." Pujuk Lily sambil tersenyum manis. Franky memutarkan bola mata ke atas dan melangkah ke ruang tamu. Matanya menangkap kelibat Quinn Davieka yang sedang menonton siaran televisyen sambil bersila di atas papan itu.
"Davieka, I taknak balik." Franky melabuhkan duduk di tepi kakak iparnya. Quinn Davieka menoleh tersenyum nipis.
"I tak boleh buat apa dah Franky. Bukan Hunter je nak you balik tapi Lily tu pun berkeras nak you balik. Siap suruh I pujuk you lagi supaya you nak balik. Lagipun ni kan rumah dia so kita kena hormat keputusan dia."
Franky mengusutkan rambut.
"It's okay lah. InsyaAllah tak ada apa apa akan jadi." Paha Franky ditepuk lembut kemudian matanya kembali menonton drama di kaca tv.
"Hunter mana?" Franky mencari cari kelibat si abang yang tidak muncul. Biasanya asyik nak berkepit je dengan bini.
Quinn Davieka menjongketkan bahunya.
"Tadi I minta dia belikan aiskrim malaysia. Tapi tak tahulah kenapa lama sangat."
Franky mengerutkan dahi.
"Seriously you nak makan aiskrim malam malam buta ni?" Soal Franky. Quinn Davieka menggangguk sambil tersenyum lebar.
***
"Nah." Lily meletakkan beg berisi pakaian kepada Franky di hadapan jejaka itu. Bibirnya tersenyum manis.
"Tunggu tangan awak sembuh lepastu awak datang jenguk saya dan atuk dekat sini. Okey?" Ujar Lily. Franky mengangguk kecil dan merenung wajah Lily yang bulat comel itu.
"Take care." Pipi Lily dicubit. Lily pantas menampar tangan Franky. Suka sangat sentuh anak dara orang!
Franky tergelak apabila gadis itu masih comel meskipun sedang marah.
"Awak ni tahu tak benda tu haram? Suka suka je sentuh saya. Saya ajak kahwin taknak!" Dada Franky ditolak kasar sebelum dia berlari ke arah Quinn Davieka.
Franky mengerutkan dahi. Bila masa budak ni ajak dia kahwin?
"Tak sabar nak tengok baby Ika. Nanti insyaAllah ada rezeki Lily pergi KL jenguk Ika." Ujar Lily. Quinn Davieka tersenyum dan mengangguk.
"Tepi."
"Auchh!" Lily tertolak ke tepi apabila tubuhnya dilanggar dan dia melihat abang tiri Franky yang mengambil bagasi milik isteri jejaka itu untuk diletakkan di dalam kereta.
"Awak!" Quinn Davieka mengecilkan mata melihat perangai suaminya. Garang tak tentu fasal! Kesian Lily asyik kena marah je.
Lily mengusap bahunya sebelum tercebik kecil. Sakit tahu tak.
Hunter membuat muka tidak bersalah sebelum memeluk bahu Quinn Davieka.
"Kau tu pendek. Jangan nak merayau. Sekejap je si Luke tu boleh culik kau, pendek." Pesan Hunter mendatar sambil memandang Lily. Gadis itu menghentakkan kaki tanda geram.
"Saya dah tinggi lah." Ujar Lily tidak puas hati. Hunter tersenyum sinis dan mencium pipi isterinya.
"Jom Queen. Sekarang dah petang ni nanti lambat sampai KL." Ujar Hunter sebelum melepaskan pelukan di bahu dan menutup bonet kereta. Quinn Davieka mengangguk dan memeluk Lily erat.
"Jaga diri tau." Pesan Quinn Davieka. Lily mengangguk dan tersenyum. Wanita itu masuk ke dalam kereta dan memandang Franky yang hanya diam di tempat duduk belakang.
"Franky, are you okay?" Soal Quinn Davieka sambil memandang adik iparnya yang berada di dalam dunia sendiri itu. Franky tersentak dan mengangguk perlahan.
"Aku tahu kau risaukan dia. Tapi aku pun tahu yang Luke takkan apa apakan si pendek tu." Hunter berkata sambil mula memandu kereta keluar. Franky menoleh dan melihat Lily yang melambai dari jauh. Gadis itu sangat pendek.
Dan comel.
"Okay." Akhirnya dia mengalah. Benar juga kata Hunter. Dia tak boleh jaga Lily jika tangannya sendiri sakit.
Lily yang melihat kereta mewah itu menjauh terus mengeluh.
Pergilah, dia dah tak mahu jadi beban untuk Franky lagi.
"Lily." Satu suara garau menyeru namanya. Lily menoleh dan tersenyum.
"Ya abang Luke?" Soal Lily sambil melangkah ke arah jejaka itu. Bibirnya tersenyum manis.
"You're too naive." Ujar Luke sambil melihat gadis kecil di hadapannya. Lily mengerutkan dahi.
"Mana ada Lily naif. Lily cuma taknak abang Luke gaduh dengan bekas majikan abang Luke sendiri sebab Lily. Dan, harta yang Franky bagi tu satu sen pun Lily tak pernah guna. Kalau abang Luke nak..."
"Abang dah cakap abang taknak harta tu! Abang cuma nak Lily. Kenapa Lily tak percayakan abang? Selama Lily membesar ni siapa yang selalu ada dengan Lily? Abang atau Franky? Abang! Abang yang jaga Lily, abang yang merayu pada Hunter dulu supaya dia tak bunuh Lily sebab abang sayang Lily. Abang cuma nak Lily." Ujar Luke bersungguh sungguh. Kemudian dia kembali menyambung ayat.
"Lily, abang pun dah ada banyak duit. I just want you. Only you. Percayalah cakap abang."
Lily menunduk dan menggeleng.
"Bagi Lily masa." Ujar gadis itu perlahan dan mula melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ke Lily dah mula jatuh cinta dengan Franky?"
Soalan itu mematikan langkah Lily.
"Kalau Lily dah mula cintakan Franky, abang rasa Lily patut hapuskan perasaan tu. For real, you can't love him."
"Kenapa?" Lily kembali memandang Luke.
"Are you kidding me, Nialily? Dia tu D'Ezekiel family, Lily. Adik ketua D'Ezekiel. Lily ingat Lily boleh ke bersama Franky yang jauh lebih tinggi darjat dari kita? Berpijak pada bumi yang nyata, Lily. Abang taknak Lily menyesal." Pesan Luke. Matanya merenung raut comel milik Lily yang mula ragu ragu.
"Tapi dia baik dengan Lily." Hampir tidak kedengaran suara Lily.
"Dia baik tak semestinya dia cintakan Lily. Can you forget him?" Soal Luke sambil mendekati Lily.
"Tapi..."
"He's not for you, Lily. Trust me." Pujuk Luke. Mata Lily mula berkaca.
"Tapi Lily tak boleh lupakan dia. Dia baik walaupun garang dengan Lily." Lily mula menangis. Luke meraup muka menghadap perangai cengeng gadis itu.
"Kita pergi dari sini. He wouldn't find you and you'll never meet him again. Dengan cara tu Lily akan lupakan dia. Kita mulakan hidup baru, Lily." Rayu Luke.
"Kita nak pergi mana? Atuk mesti taknak pergi mana mana sebab dia nak mengajar budak mengaji." Ujar Lily. Luke mengetap rahang.
"Lily masuk dulu." Pamit gadis itu apabila Luke hanya mendiamkan diri. Luke memandang kelibat Lily yang menghilang sebelum nafas kasar dihela.
"Menyusahkan."
ANDA SEDANG MEMBACA
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
![2 | KNIGHT'S [C]](https://img.wattpad.com/cover/252188098-64-k300303.jpg)