Nota kaki : 'Lockdown bebas' tidak wujud ya di dunia nyata. Hanya rekaan seketul saya
***
Mulai hari ini, negara telah menjalankan sekatan komunikasi dan perjalanan keluar masuk negara selama dua minggu berikutan untuk memastikan tiada penipuan yang berlaku dengan DNA test.
Secara tidak langsung, ekonomi juga akan tersekat dari berjalan kerana internet terganggu. Tapi rakyat semua berpuas hati kerana mendapat pampasan yang secukupnya untuk tempoh dia minggu lockdown bebas ini.
Lockdown bebas dilakukan dimana rakyat bebas keluar ke mana mana asalkan tidak melepasi sempadan ke luar negara.
"Jadi selama dua minggu ni kau akan hadap muka aku." Ujar Franky sambil memandang Lily dengan pandangan misteri. Lily tersenyum.
"Apa salahnya. Saya tak kisah pun sebab awak kan kacak." Wajah Franky direnung dengan renungan comel.
"Takkan pandang je?" Soal Franky tidak puas hati.
"Habistu?"
"Jom aku tunjuk apa yang kita boleh buat selama dua minggu ni." Tubuh Lily didukung dan dibawa ke bilik. Terjerit gadis itu sambil memukul badan Franky yang mendukungnya.
***
Lily membuka mata apabila terdengar bunyi enjin kereta dari luar. Terus matanya melihat sebelah katil yang kosong.
Tubuh direnggangkan seketika dan Lily mengambil tuala bagi membalut tubuhnya yang terdedah tanpa seurat benang. Bajunya dilantai dikutip dan dimasukkan ke dalam bakul.
"Dah bangun?" Soal Franky sambil meletakkan sebuah kotak di atas meja. Bahu terdedah Lily dicium lembut.
"Awak ni!" Lily memukul dada Franky dengan kuat. Miang! Dah la semalam dah buat, lepastu harini buat lagi.
Kesian baby dalam perut.
Franky hanya tersenyum nakal.
"Siapa suruh melayan? Kalau kau tak melayan tak adanya aku nak buat." Kenyitan diberi pada Lily. Terus wajah Lily bertukar kemerahan.
"Awak beli apa tu?" Soal Lily sambil melihat bungkusan yang Franky bawa masuk tadi.
"Adalah. Dah, pergi mandi dulu." Franky menghalau Lily. Gadis itu tercebik dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air bagi membersihkan diri.
Franky mengeluar kotak Jutaria dari plastik yang dibeli tadi lalu mula menyusun duit dan mengasingkan banglo serta rumah yang masing masing berwarna merah dan biru.
'Tapak' yang diperbuat dari kertas itu dibuka dan diletakkan di atas lantai. Alang alang tak kerja kan, apa salahnya main benda benda macamni. Nak main telefon pun internet dah disekat.
Nak main isteri pun isteri mengandung, tak boleh lasak sangat.
Franky mengeluh perlahan. It's okay Franzelx, just for a fortnight.
Lily yang selesai membersihkan diri terus keluar sambil mengelap rambutnya yang basah. Dahi berkerut melihat Franky yang sedang menyusun duit.
"Jutaria? Lama tak main!" Ujar Lily teruja. Dulu atuk selalu beli dan main bersama sama dengannya.
"Jom main, pergi pakai baju dulu nanti benda lain pulak yang jadi." Ujar Franky sambil melihat si isteri yang hanya memakai bathrobe singkat dan kecil.
Lily terus mencari pakaian dan membiarkan Franky menyediakan mainan Jutaria itu.
Setengah jam kemudian...
ANDA SEDANG MEMBACA
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
![2 | KNIGHT'S [C]](https://img.wattpad.com/cover/252188098-64-k300303.jpg)