CAPITOLO QUARANTA 🎯

9.8K 580 106
                                    

"Lens ni bonda beri pada Lily sebab bonda yakin, puteri bonda akan gunakan lens ni dengan cara terbaik." Ujar Permaisuri sambil tersenyum dan menggenggam tangan Lily.

Kemudian dia memandang Franky yang hanya diam mendengar perbualan di antara anak dengan ibu itu.

"Kuat betul jodoh kamu berdua kan? Dari kecil lagi berjumpa dan dah besar ni terus jadi suami isteri." Ujar Permaisuri dengan nada sebak. Lily turut mengalirkan air mata.

Dia pun rasa seperti mimpi dirinya kembali berjumpa dengan lelaki yang pernah menyelamatkan dia dan memarahinya.

Kemudian bibirnya tersenyum nipis apabila teringatkan tindakan bodohnya lari dari istana kerana menyangka kedua orang tuanya mendera dia.

"Lily minta maaf, bonda. Dulu Lily bodoh sebab buat keputusan melulu. Sekarang pun Lily masih buat keputusan melulu je. Dan, Lily bersyukur sangat bonda dan ayahanda sudi terima Lily balik sebagai anak." Lily mencium tangan Permaisuri Anabella.

Permaisuri mencium kepala anak gadisnya.

"Bonda nak tanya satu soalan, boleh?" Soal Permaisuri. Lily mengangguk.

"Macamana lens satu lagi boleh ada dengan Franzelx?" Soal Permaisuri pelik. Lily memandang Franky yang duduk di tepinya sebelum tersenyum nipis.

My knight.

Lelaki yang memberinya gula gula hack dan juga menarik rambutnya dengan kuat dulu dan menengkingnya.

"Panjang ceritanya, bonda."

"Pendekkan."

Franky tergelak.

Lily memberi isyarat kepada Franky untuk menceritakan bagaimana jejaka itu mendapat lens.

Franky mengangguk kemudian dia mula bercerita semuanya tentang Lily yang lari dari istana dulu dan dia selamatkan Lily dari dirempuh oleh kereta. Serta bagaimana dia mendapat lens juga hasil pertukaran bersama gula gula buat Lily.

Part jenama gula gula 'Hack' serta kekejaman dia menengking dan menarik rambut Lily dulu tidak diceritakan. Biarlah jadi kenangan manis pada mereka berdua sahaja.

"Oh." Permaisuri mengangguk faham. Kemudian dia tersenyum.

"Lens yang kamu dan Lily pakai ni lens yang berbeza. Kanta Lily boleh mengawal seseorang. Tapi kanta mata yang ada dalam badan kamu, boleh membuatkan mata mereka yang bertentangan dengan kamu sewaktu lens berfungsi menjadi buta. Jadi gunakan lens ini untuk kebaikan dan jangan salah guna." Ujar Permaisuri. Kedua pasangan suami isteri itu serentak mengangguk.

Patutlah haritu Luke menjadi buta seketika apabila memandang mata Franky.

"Tapi kenapa bila kami bertentang mata masa lens tu berfungsi, mata kami pun akan sakit?" Soal Lily pelik. Teringat pula yang sewaktu dia dan Franky bertentang mata jika lens diguna, mata mereka berdua akan sakit.

"Sebab kamu berdua tak boleh menggunakan lens ke atas sesama sendiri. Lily tak boleh kawal Franzelx dan Franzelx pula tak boleh buat mata Lily menjadi buta. Sebab tu mata kamu berdua akan sakit jika bertentangan." Jelas Permaisuri.

"Ohh." Lily menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk.

"Lily.."

"Ya bonda?"

"Lily sudi naik takhta Lily kembali? Jadi Puteri di sini?" Soal Permaisuri penuh berharap.

Lily terkedu. Automatik dia memandang Franky yang turut terkejut dengan permintaan Permaisuri.

2 |   KNIGHT'S   [C]Where stories live. Discover now