CAPITOLO QUARANTATRE 🎯

11.8K 633 99
                                        

"Goodnight. Little girl."

Tautan tangan mula terlepas tidak mampu menampung beban yang berat dan tubuh kaku itu mula jatuh ke bawah.

"No.. No, Franzelx D'Ezekiel!!" Jerit Lily kuat apabila tubuh Franky mula jatuh.

"Bro!" Hunter berada di tingkat dua itu pantas berlari turun dengan sangat laju dan tangannya mencengkam tangan Franky yang hampir terjatuh ke tingkat bawah itu melalui tingkap yang sudah pecah akibat kebakaran itu.

Sedaya upaya dia cuba untuk menarik Franky masuk ke tingkat itu. Lily yang melihat itu menggigit bibir dan dengan lafaz basmalah dia menyentuh tangan Hunter yang tidak berlapik lalu ditarik juga bagi memudahkan abang iparnya menyelamatkan Franky. Situasi sekarang ini memaksa dia menyentuh Hunter yang bukan mahram.

Tangan Hunter ditarik dengan sepenuh tenaga sebelum mereka berdua terpelanting apabila Franky berjaya ditarik dari terjatuh.

"Sayang! Awak okey?" Lily terus mendapatkan Franky dan lelaki itu dipangku. Franky mengangguk dan terbatuk mengeluarkan darah dari mulutnya. Matanya dipejam kembali.

"No. Sayang, buka mata awak. Tengok saya." Lily mengusap pipi Franky yang memejam mata. Nafas lelaki itu juga kedengaran perlahan sahaja. Air mata Lily terus mengalir.

"Jaga dia, nanti aku suruh Skyler datang sini." Hunter berlari keluar apabila melihat pesawat peribadi yang dipandu oleh Skyler mendekati bangunan itu.

Lily hanya angguk dan kembali memandang Franky di dalam pangkuannya.

"Sayang, sayang awak dengar suara saya, kan?" Lily kembali panik apabila Franky memejam matanya.

"I'm just fine." Tawa halus keluar dari bibir Franky yang berdarah itu. Tangannya yang didalam genggaman Lily membalas genggaman itu.

Kemudian pesawat peribadi D'Ezekiel mula mendekati bangunan itu dan pintu pesawat terbuka.

"Cepat, naik!" Hunter menghulurkan tangan. Lily terus bangun dan memapah Franky menuju ke pesawat apabila api semakin marak dan bangunan tiga tingkat itu juga bergegar hampir runtuh.

"Dekat lagi, Skyler." Hunter mengeluarkan arahan kepada Skyler yang mengawal kapal terbang itu. Skyler tanpa kata hanya akur dan cuba mendekatkan lagi jarak pesawat itu dengan bangunan.

"Sini. Pendek kau pegang tangan Franky!" Hunter berpegang pada pemaut di dalam pesawat itu dan sebelah tangan lagi cuba menggapai tangan Franky

Lily hanya akur dan memegang tangan Franky.

Franky memaut kemas pinggang Lily dan tangannya terus mencapai tangan Hunter yang terhulur padanya.

"Faster!" Skyler mula gusar apabila bangunan itu hampir roboh sepenuhnya dan mereka mungkin akan terkandas disitu.

Hunter pantas menarik Franky dan Lily sekuat hatinya sebelum kedua dua mereka berjaya masuk ke dalam pesawat. Skyler pantas sahaja memandu pesawat meninggalkan bangunan itu dan beberapa saat kemudian kedengaran letupan kuat dan bangunan yang terbakar itu mula roboh menelan mayat mayat Che Farouk, Federica dan Aulia.

"Franky." Hunter mendapatkan adiknya dan nadi Franky diperiksa.

"Mama..." Franky pula memejam mata dengan kepala yang terasa berat. Suara Hunter juga hanya samar samar sahaja kedengaran sebelum dunianya menjadi sunyi dan gelap.

"Sayang?" Lily mula menangis. Pipi Franky ditepuk lembut namun tiada respon dari jejaka itu.

"Sayang jangan macamni." Teresak esak Lily apabila Franky mula tidak bergerak dan nafas lelaki itu semakin perlahan.

2 |   KNIGHT'S   [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang