Hampir sebulan Franky dapat rasakan isterinya berubah. Tiada lagi layanan seperti dulu. Yang ada cuma riak pura pura gembira oleh Lily.
Dan dia tak tahu apa punca isterinya menjadi begitu.
"Awak, ni jam." Lily mengambil jam tangan di atas meja lalu diberi pada Franky. Jam itu dipakaikan di pergelangan tangan suaminya.
"Aku balik lambat sikit." Ujar Franky. Lily mengangguk dan tersenyum manis.
"Awak jaga diri tau. Lepasni kalau awak sakit, saya dah tak boleh nak ubatkan awak dah." Pesan Lily.
"Don't ever think of leaving me again. No."
Lily tergelak.
"I'm not. I will never leave you." Pipi Franky diusap lembut sebelum matanya mula berkaca.
"Until you don't need me by your side again." Pipi Franky dicium lembut.
Hargai.
Ya, dia perlu hargai masa dia yang tersisa bersama Franky. Mungkin selepas ini mereka tidak akan dapat berjumpa seperti ini lagi.
"I don't get it. Kau asyik cakap benda yang aku tak faham sejak bulan lepas. Can you just tell me what is on your mind?" Air mata Lily dilap bersama riak bingung.
"Tak ada apa apalah. Haha. Dahla, kita dah lewat ni. Saya dahla kena buka restoran awal harini." Lily kalut mengambil beg tangannya dan mencium tangan Franky sebelum kakinya melangkah keluar.
Franky masih terdiam cuba memahami tingkah isterinya.
***
"Ini banyak spelling errors! Report pun tak lengkap. Kau sihat ke tak ni?" Hunter meletakkan fail di atas meja adiknya.
Franky mengambil dokumen dan dibelek belek seketika.
"Nanti aku betulkan." Ujar jejaka itu. Hunter melihat Franky yang seperti dalam masalah. Dah jumpa bini pun stress lagi?
"Kau kenapa ni?" Kerusi ditarik dan dia melabuhkan duduk di hadapan Franky.
"Aku pun tak tahu. Aku ingatkan semua dah okey lepas mama tak tinggal dengan kami lagi tapi she's still acting weird. Bila aku tanya, dia cakap tak ada apa apa. Macamana aku nak percayakan dia kalau sikap dia tu memang menunjukkan yang ada benda berlaku pada dia, cuma dia rahsiakan dari aku." Akhirnya Franky meluahkan apa yang terbuku di dada. Wajahnya diraup.
"Kau ada buat dia terasa hati kut."
"Aku buat apa?" Franky bingung sendiri. Hunter turut berfikir. Dugaan betul Franky ni lepas kahwin. Dia dulu, dugaan banyak sebelum kahwin.
"Dah, bagi dia masa. Mungkin dia perlukan ruang sebelum bagitahu kau apa yang dia sembunyikan. Jangan fikir sangat, focus on your work." Hunter berpesan sebelum bangun dan melangkah keluar. Franky meletakkan kepala di atas meja pejabatnya.
"Signore. Do you need a coffee?" Soal satu suara lembut. Franky mengangkat muka dan tersenyum nipis. Kepala diangguk perlahan.
"Thanks."
"Biasalah, perempuan kan mood dia memang kejap okey kejap tak okey. Signore kena banyakkan bersabar lah layan mereka." Victoria berjalan ke belakang Franky dan bahu jejaka itu diurut lembut. Franky menyandarkan tubuh di kerusi sambil memejam matanya.
"Tapi apa salah aku? Kenapa dia tak bagitahu? Macamana aku nak betulkan hubungan kami kalau dia taknak bertolak ansur?" Bertubi tubi soalan dari bibir Franky sebelum dia mengeluh.
YOU ARE READING
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU