"Selamat pagi!" Sapa Lily ceria sambil memanjat tubuh Franky yang sedang menyediakan sarapan.
"Kau kenapa ni?" Soal Franky pelik apabila si isteri melekat seperti beg galas di belakangnya.
"Saja." Jawab Lily. Untung sahaja tubuhnya kecil. Senang nak memanjat badan Franky.
Franky tidak menghiraukan Lily dan terus menyediakan sarapan memandangkan hari ini mereka berdua cuti dari kerja. Ayam madu diletakkan di atas meja dan salad ringkas juga disediakan.
"Sedapnya." Bersinar mata Lily melihat hidangan di atas meja. Kemudian wajahnya berubah suram.
"Mesti awak makan masakan saya terpaksa kan sebab awak pun dah reti memasak jauh lagi sedap dari saya." Ujar Lily sayu sambil menenggelamkam mukanya di celah leher Franky. Haruman jejaka itu dihidu.
Franky menghela nafas. Dah mula merapu dah budak ni.
"Turun." Arah Franky. Lily menggeleng dan terus memeluk erat belakang tubuh Franky. Kakinya dilingkarkan di pinggang jejaka itu.
Tidak lama kemudian, Franky terasa lehernya basah.
"Little girl, hei." Dia memegang pinggang Lily di belakangnya dan gadis itu dipusing menghadapnya. Mata berair gadis itu ditenung.
"Kenapa cengeng sangat ni? Takkan pasal masakan pun nak nangis? Aku masak biasa biasa je ni. Selama ni pun aku makan masakan kau sampai bertambah kan?" Franky memujuk si isteri yang berhati tisu. Tak boleh cuit sikit, menangis lah budak ni.
Lily menggeleng dan hanya mendiamkan diri. Kepala Franky dipeluk dan ditarik rapat ke dadanya. Kaki masih melingkar di pinggang Franky.
"Awak milik saya tau. Saya je."
Franky mengerutkan dahi mendengar suara Lily yang kedengaran agak possessive di telinganya.
Franky mendongak memandang Lily yang berada di dalam dukungannya bersama riak bingung.
Perempuan memang sukar difahami.
Lily mencium bibir Franky lembut dan lelaki itu membalas.
"Nak makan apa pagi ni sebenarnya?" Franky mula keliru dengan perangai Lily yang manja melebih dan menggodanya.
Kang benda lain pula yang jadi pagi ni kang.
"Awak sayang saya?"
"Sayang."
"Suka saya?"
"Suka."
"Cinta saya?"
"Kau kenapa ni sebenarnya? Berhenti buat aku keliru lah." Franky mula pening dengan perangai Lily.
"Saya nak bunuh Victoria."
Franky membulatkan mata.
"W.. what? Why?" Sungguh Franky tiada idea apa yang telah berlaku pada isterinya hari ini.
"Kejap." Lily turun dari dukungan Franky dan berlari masuk ke dalam bilik mereka. Telefon Franky diambil dan dibuka. Sememangnya Lily tahu password Franky.
Kemudian aplikasi whatsapp dibuka dan ditunjukkan pada jejaka Itali tersebut.
Terpampang gambar Victoria yang berada bersama Federica. Mereka tampak begitu akrab.
"Victoria rapat sangat dengan mama. Mesti mama suka Victoria kan? Dia cantik, peramah, tinggi lepastu..."
"Lepastu tak ada kaitan dengan kita. Kau ni overthinking sangat." Franky mengambil telefonnya di tangan Lily dan diletakkan di atas meja.
ANDA SEDANG MEMBACA
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
![2 | KNIGHT'S [C]](https://img.wattpad.com/cover/252188098-64-k300303.jpg)