"Fuck!"
Lily terjerit kecil apabila kasut kulit milik seorang jejaka menyepak bungkusan di tangan dan menyebabkan sisa makanan itu jatuh ke tanah dan menjadi kotor.
"Apa kau buat ni?!" Meninggi suara Franky sambil mencangkung dan merenung gadis yang kelihatan comot itu.
"Don't do this again, little girl. Aku hampir nak mati cari kau di merata tempat. And you're here." Franky menghela nafas lega melihat Lily di depan mata.
"T.. Tuan F.. Franzelx." Tergagap gagap Lily dengan nada tidak percaya bahawa Franky sanggup mencarinya di kawasan kotor ini.
"Come." Franky menarik tangan Lily. Gadis itu hanya menurut. Franky membawa Lily ke gerai makanan kegemaran Lily.
"Saya tak lapar." Ujar Lily perlahan. Tipu. Dia sangat lapar. Tapi dia taknak Franky bayarkan makanan untuknya. Lebih baik dia makan sisa tulang tadi daripada terhegeh hegehkan harta orang.
"Excuse me?" Soal Franky dengan nada tidak percaya. Kemudian dia menghela nafas.
"Kau makan dulu lepastu ikut aku balik rumah aku." Ujar Franky lembut. Lily menggeleng namun tiba tiba perutnya berbunyi.
Franky tersenyum nipis dan mula memesan makanan.
"Astaghfirullah Lily.. Kenapa jadi macamni? Kalau Lily ada masalah bagitahu la pacik InsyaAllah pacik tolong Lily." Ujar pacik gerai sambil meletakkan mi goreng basah ke atas meja sambil melopong memandang Lily yang comot dan selekeh itu.
Lily mengemam bibir menahan sebak.
Franky merenung gadis itu sebelum dia mengambil garfu lalu mi itu dililit di garfu dan dihala pada Lily.
"Makan." Arah Franky sambil menyua garfu kepada Lily. Lily mula rasa serba salah namun mulutnya tetap dibuka dan Franky menyuap mi ke dalam mulut Lily.
"Tangan awak.." Lily terjeda melihat tangan Franky yang dipatuk ular itu boleh menyuap makan untuknya.
"I'm too fucking worried about you till this hand couldn't feel the pain anymore." Balas Franky dingin. Tapi benar. Disebabkan terlampau terkejut dan risaukan Lily yang hilang dia terus mencari gadis itu dan tangannya sendiri tidak dihiraukan.
"Saya minta maaf." Lily menunduk. Franky terus menyuap makanan ke dalam mulut gadis itu.
"Jangan buat macamni lagi. Kalau ada apa apa masalah, bagitahu aku. Cari aku. Jangan memandai je seorang diri." Bebel Franky geram. Lily mengangguk perlahan.
Selesai sahaja makan, mereka mula ingin pulang ke rumah Franky.
"Tuan Franzelx. Biarlah saya disini. Saya taknak ikut Tuan Franzelx pergi rumah Tuan Franzelx. Saya segan." Lily memandang diri sendiri yang kotor itu. Baju yang sudah hilang warna asal dan tudungnya juga sudah bertukar warna.
Franky mengetap rahang.
"Jangan buat aku marah, Little girl. Masuk dalam kereta dan ikut aku balik rumah." Ugut Franky dengan wajah tegang. Mata Lily mula berkaca.
"Tapi saya kotor ni dan.."
"Masuk, Lily." Suara Franky menjadi tegas dan garang. Lily yang kecut perut itu hanya akur dengan arahan jejaka itali tersebut. Rasa tidak sanggup pula nak kotorkan kereta mewah Franky dengan dirinya yang kotor dan comot.
Franky turut masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Telefon diambil dan dia mendail nombor seseorang.
"Bro. Aku dah jumpa Lily. Nanti aku sampai KL." Ujar Franky kepada Hunter. Selepas talian dimatikan, Franky memandang Lily di tepi. Tangannya menurunkan kerusi kereta di tempat duduk Lily.
ANDA SEDANG MEMBACA
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
![2 | KNIGHT'S [C]](https://img.wattpad.com/cover/252188098-64-k300303.jpg)