"Franky merajuk dengan you?" Soal Quinn Davieka yang baru sahaja selesai menidurkan Healy dan anak kecilnya itu diletakkan di dalam buaian bayi.
Lily pantas mengangguk dengan wajah muram. Kemudian dia bersuara untuk menyatakan masalah dirinya bersama si suami.
"Dia dingin je dengan Lily. Lily nak pujuk dia tapi tak tahu macamana."
Quinn Davieka terdiam mendengar luahan birasnya itu. Kemudian dia memandang Healy yang sedang tidur lena di dalam buaian bayi itu.
"I ada idea!" Bersinar mata Quinn Davieka sebelum dia menarik Lily agar duduk di atas sofa.
Lily sudah mampunyai lesen yang mereka buat dulu semasa lockdown bebas. Sebab itulah gadis kecil itu boleh datang ke rumah Quinn Davieka sementara Hunter dan Franky pergi ke pejabat untuk bekerja.
Kakinya berlari masuk ke dalam bilik.
Lily mengerutkan dahi melihat wajah Quinn Davieka yang berseri seri. Apalah yang ada dalam fikiran wanita jelita itu.
Seketika kemudian, Quinn Davieka kembali bersama dua helai baju ditangannya. Bibir tersenyum nakal.
"You nak yang mana? Merah or hitam?" Soal Quinn Davieka sambil menunjukkan dua lingerie kepada Lily.
Mata Lily membulat besar.
"Apa ni Ika?" Soal Lily sambil menutup matanya. Quinn Davieka tercebik. Eleh, dia tak tahu ke ini 'senjata' untuk memujuk para suami?
"You nak pujuk Franky ke tak?" Soal wanita itu. Lily pantas mengangguk.
"Kalau nak ikut cakap I ni, sebab I kalau gaduh dengan Hunter.. inilah yang I buat. Automatik dia terpujuk." Bisik Quinn Davieka nakal. Tangannya sekali lagi menunjukkan lingerie kepada Lily.
"Cepatlah, nak yang mana?" Soal Quinn Davieka lagi. Lily mengerutkan dahi dan memikir seketika.
Hitam nampak elegan dan merah nampak menggoda. Seksi.
Dan sekarang dia nak memujuk si suami yang dingin dengan dia, jadi sudah pastilah pakaian seksi menjadi pilihannya.
"Merah la."
"Good choice. Merah lagi aum tau." Quinn Davieka meletakkan pakaian suami isteri itu di dalam beg kertas dan diberi pada Lily.
"Malam ni, pakai ni dan dandan diri you cantik cantik. I jamin cara ni berkesan dan Franky takkan marahkan you lagi." Ujar Quinn Davieka lalu matanya dikenyitkan ke arah Lily.
Lily menyambut beg kertas itu dan isi beg kertas diperhati. Seksi sangat ni.
Tapi, demi hubungan mereka, Lily tetapi akan meneruskan rancangan yang biras dia sarankan ini.
Lily meneguk air liur.
***
Lily meneliti jam.
Sudah hampir ke jam 9 malam tapi kelibat Franky masih tidak pulang. Banyak sangat ke kerja dekat pejabat sampai tidak mahu pulang?
Mustahil terlupa ingin pulang pula. Sepatutnya Franky balik pejabat jam 6 tadi lagi tapi sekarang batang hidung pun tak nampak lagi.
Atau Franky tidak mahu berjumpa dia lagi?
Mata Lily berkaca dan dia memandang dirinya di biasan cermin. Penat penat dia berdandan dengan seksi dan cantik untuk Franky tetapi lelaki itu tidak pulang pula.
Lily mengambil telefon untuk mendail nombor Franky.
"Lily? Lily?"
Bunyi loceng dan ketukan di pintu mematikan air mata yang ingin tumpah. Terus Lily menyarungkan hoodie Franky paras betisnya dan seluar besarnya lalu tudung sarung diambil dan dipakai untuk menutup tubuhnya yang seksi setelah mendengar suara garau memanggil dirinya.
YOU ARE READING
2 | KNIGHT'S [C]
Romance"Because that little girl.. Got the beast, as a knight." . . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU