CAPITOLO QUARANTAQUATTRO 🎯

13.2K 632 91
                                        

"Sayang." Lily memeluk erat leher jejaka yang sedang termenung di atas katil itu. Franky yang merasakan pelukan dari gadis kecil itu terus tersenyum dan memandang si isteri.

"Luka awak dah okey?" Soal Lily sambil mencium pipi Franky. Tubuh Franky dipeluk erat dan kepala jejaka itu disandarkan di dadanya.

"Okey." Jawab Franky sepatah dan dia memejamkan matanya di dalam pelukan Lily. Selesa.

"Sure?" Soal Lily lembut. Franky hanya diam. Dia tahu Lily bertanyakan soal luka 'dalam' nya yang sangat berdarah itu.

"Sayang.. tengok saya." Lily menghadapkan Franky kearahnya dan wajah mereka bertembung. Pipi Franky diusap dan lembut anak mata Lily merenung matanya.

"It's okay. It's not your fault." Pujuk Lily lembut. Serta merta mata Franky mula berkaca mendengar pujukan itu dan dia terus menunduk. Tangan Lily dipipinya dipegang dan dicium.

"I love her. Tapi mama sanggup tikam belakang aku dan buat aku macamni. Kalau kau tak dapat diselamatkan masa tu mungkin.. mungkin aku akan jadi gila." Tawa kecil keluar dari bibir Franky seraya lelaki itu mengelap air mata yang tumpah.

Lily hanya diam dan tersenyum. Dia pun tak sangka bahawa dirinya boleh selamat dan waktu itu ahli medik memberitahu bahawa jantung dia berhenti berdegup buat seketika. Terus dia lari dari hospital mencari Franky kembali waktu itu.

Allah ada bersamanya.

"I need your hug." Franky merenung Lily dengan mata berkaca dan riak ingin menangis. Gadis itu tersenyum dan mengangguk. Tubuh Franky dipeluk erat dan esakan Franky sempat didengari di telinganya. Pelukan dikemaskan.

"Awak kuat sayang. Saya yakin awak kuat." Bisik Lily di telinga jejaka itu sebelum telinga itu dicium. Franky hanya diam memeluk Lily dan membiarkan air matanya mengalir.

Masih terbayang bayang saat Federica menjaganya dan menyayangi dirinya dan Hunter meskipun Hunter bukan anak dia. Wanita itu malah sanggup menolong mereka pergi dari neraka dunia ciptaan Giovanni.

Federica sangat baik. Tapi disebabkan benci terhadap Islam, dia sanggup berubah sehingga begitu sekali.

"Mesti Hunter rasa lagi teruk dari aku kan masa dia hilang mammina? Dia hilang mammina sejak kecil, tak ada seorang pun dengan dia waktu tu." Esakan Franky semakin kuat. Pelukannya pada pinggang Lily juga dieratkan.

Lily hanya mendengar luahan Franky. Dalam hati mengakui bahawa Hunter sangat kuat. Jika dia berada di dalam situasi itu, mungkin dia telah membunuh diri dan terlaknat di dalam api neraka kerana tidak mampu menerima hakikat.

Kehilangan ibu pada umur 4 tahun dan diseksa oleh bapa kandung sendiri. Sangat perit untuk Hunter tempuhi namun lelaki itu berjaya keluar dari kepompong trauma dengan bantuan Quinn Davieka.

See what loves can do

"Aku cuma ada kau je untuk aku cari kekuatan, sedangkan Hunter masa dia hilang mammina.. dekat aku pun dia tak berani nak luah sebab dia takut Giovanni marah aku pula sebab rapat dengan Hunter. He just kept all by himself. Teruk kan aku sebagai adik dia?"

"No sayang, apa cakap macamni." Lily kurang suka mendengar Franky menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang terjadi sehingga kisah Hunter juga dibangkitkan.

Ini adalah kali pertama Lily melihat sisi Franky yang lagi satu iaitu sisi lemah lelaki itu. Untuk setiap perkara yang teruk berlaku, Franky akan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bukan salahnya.

"Awak dah jadi yang terbaik untuk semua orang. Awak jadi adik yang terbaik untuk Hunter, anak yang terbaik untuk mamma dan awak dah jadi suami yang terbaik untuk saya. Because you're my knight. Can't you see how much you sacrifices yourself for all people? That's the thing not everyone can do. Dan saya adalah perempuan paling beruntung sebab dapat suami macam awak. Orang lain pun sama, kami paling beruntung sebab dapat awak sebagai adik, anak dan suami." Lily mengangkat wajah Franky agar merenungnya dan mata berair itu dicium. Senyuman paling manis diberi agar Franky sedikit tenang.

2 |   KNIGHT'S   [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang