CAPITOLO TRENTASETTE 🎯

10.5K 580 93
                                        

Skyler masuk ke ruangan untuk memberi penghormatan terakhir buat Luke. Gambar berbingkai yang terpapar wajah Luke itu direnung.

Muka Luke ada mirip seseorang.

Tapi dia tak tahu siapa.

Mata Skyler memerhati orang yang sujud di hadapan frame itu. Kemudian dia melihat seorang wanita tua yang sedang bersedih meratapi si anak yang sudah meninggal.

Sejak bila pula Luke mempunyai seorang ibu? Bukan ibu dia dah lama meninggal ke sejak dia masih bekerja dengan D'Ezekiel?

Apa apa je lah.

Sekuntum bunga diletakkan di hadapan gambar Luke sebelum Skyler menunduk sedikit untuk memberi penghormatan terakhir buat mendiang Luke.

Kaki Skyler melangkah keluar dari situ dan dia mencabut blazer hitamnya. Pintu kereta dibuka dan dia terus masuk ke tempat duduk penumpang.

Franky mula memandu apabila Skyler masuk ke dalam kereta.

"Buku. Ayat terakhir dia ialah buku." Skyler menoleh memandang Franky yang sedang memandu. Teringat pula saat saat akhir Luke dimana lelaki itu menyebut 'buku'.

"Aku pun fikir pasal itu juga. Tapi masalahnya buku apa?"

Skyler menjongket bahu.

"Mungkin salah satu buku di rumah dia. Kita kena masuk ke rumahnya." Ujar Franky sambil terus memandu ke arah lokasi rumah Luke yang semestinya sudah diketahui.

Franky mengerutkan dahi melihat pagar rumah itu yang tertampal sehelai kertas.

"Bida?"

"What the fuck? Luke tu baru mati dan rumah dia dah nak dijual?" Soal Franky pelik apabila melihat iklan yang tertampal di pagar rumah itu menyatakan bahawa rumah tersebut bakal dijual dalam majlis membida.

"Mungkin keluarga dia perlukan duit." Ujar Skyler sambil membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Franky turut keluar dan melihat mangga yang besar menjadi kunci rumah itu.

"We need to buy this house. Bila tarikh bida tu?" Soal Franky. Skyler menilik kertas di pagar rumah Luke.

"About a week later."

"Noted."

***

Lily meletakkan penyapu di tempatnya sebelum sampah dibuang ke dalam tong. Serentak itu kelihatan kereta mewah Franky memasuki perkarangan rumah. Skyler sudah tiada di tempat duduk penumpang. Mungkin Franky hantar Skyler pulang dulu baru balik ke sini.

"Kau buat apa ni?" Soal Franky pelik apabila dia melangkah keluar dari kereta. Kaki bergerak ke arah si isteri yang sedang membuang sampah.

"Kemas sikit. Kenapa?" Soal Lily kembali. Penyapu diletakkan di tempatnya dan terkelip kelip mata bulat besarnya memandang wajah Franky.

Kacak. Hehe.

"Siapa suruh kau kemas ni? Sakit kan? Buat cara sakit. Meh sini." berkerut dahi Franky tanda tidak suka melihat si isteri yang sakit membuat kerja rumah. Tangan Lily ditarik lembut dan mereka masuk ke dalam rumah.

Franky menyelak baju Lily ke atas dan luka di perut isterinya diperhati. Luka itu sudah hampir kering tapi masih perlu dijaga.

"Sakit lagi tak?"

Lily angguk jujur.

"Dahtu kalau sakit kenapa kemas apa semua? Aku suruh duduk dalam bilik je kan." Franky terus membebel sambil mengambil ubat di atas rak dan merawat luka si isteri.

2 |   KNIGHT'S   [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang