CAPITOLO VENTISETTE 🎯

10.8K 580 106
                                    

CHAPTER NI AKAN JADI SANGAT SANGAT BERBELIT JADI TOLONG BACA DGN TELITI KALAU TAKNAK TERPUSING SEL SEL OTAK.

aku yg tulis ni pun biul bila baca balik 😂

***

"Sampai bila awak nak sorok dari saya tentang pertunangan awak?"

Franky terdiam. Kemudian riaknya berubah dari terkejut kepada keliru.

"Tunang?" Franky mengerutkan dahi. Sejak bila dia bertunang? Bercinta dengan orang lain pun tidak, nak bertunang?

Memanglah Federica kerap menyuruhnya bersama Victoria selama dua tahun Lily menghilangkan diri tetapi dia tolak.

"Aku bertunang dengan siapa?" Soal Franky lagi. Lily tergelak sinis.

"Tak payah pura pura tak tahu lah, semua media dah heboh pasal awak. Kalau awak tak percaya, awak tengok ni. Nak menipu apa lagi?" Lily menghulurkan telefonnya ke arah Franky.

Sebaik sahaja Hana memberitahu berita itu, terus Lily membuka sosial media dan hancur hatinya melihat berita perkahwinan Franky yang bakal dilangsungkan.

Franky mengambil telefon Lily dan skrin telefon itu diperhati. Berkerut dahinya seketika. Dia jarang bergaul dengan media sosial jadi sudah tentu berita apa apa tidak diketahui.

"The fuck? Siapa buat berita ni?" Franky menyoal dengan riak tidak percaya.

Sesuka hati je buat berita palsu.

"Kenapa susah nak jujur? Mengaku je lah! Kalau awak dah taknak dengan saya then lepaskan saya, tak perlu seksa saya macamni!"

"Diam!" Separuh tangan Franky naik dan Lily terus memejam mata. Dapat dirasa bahawa penampar Franky bakal hinggap di pipinya.

BUK!

Lily membuka mata dan terkedu melihat penumbuk Franky singgah di dinding di tepinya. Air mata gadis itu kembali bertakung dengan bibir terketar takut.

"Fuck.. I'm sorry, I didn't mean to scared you. I won't hit you, little girl." Franky terus memeluk Lily apabila gadis itu kelihatan takut dengannya.

Lily terus menangis.

"Sumpah, aku tak ada hubungan dengan sesiapa pun. Aku tunggu kau, kau je. Dua tahun aku tunggu untuk kau kembali pada aku." Jujur Franky bersuara. Tangannya mengusap kepala Lily yang berlapikkan tudung.

"Little girl." Pelukan dileraikan dan Franky menarik dagu Lily agar mendongak memandangnya.

"Kau percayakan aku, kan?" Soal Franky penuh berharap. Lily merenung mata amethyst yang seakan akan merayu agar dirinya mempercayai jejaka itu.

Kemudian air mata dilap dan Lily mengangguk kecil.

Ya, sekuat mana pun bukti orang lain, hati dia tetap ingin mempercayai Franky. Hanya Franky.

"Aku rasa aku tahu siapa buat ni. Jom." Tangan Lily digenggam dan mereka melangkah keluar dari pejabat. Sempat Lily mengerling sekilas meja dimana Victoria dengan berkemas kerana dibuang kerja.

Rasa bersalah pula.

***

Darah yang mengalir semakin banyak namun Franky masih membelasah mangsanya.

"What? Memang aku yang buat berita kau bakal kahwin tu. Bunuhla aku." Ujar Luke lemah dengan wajah yang berlumuran darah. Franky menggenggam erat tangannya sebelum satu lagi tumbuk dilepaskan tepat ke batang hidung Luke. Lelaki itu terjatuh lembik ke lantai.

2 |   KNIGHT'S   [C]Where stories live. Discover now