CAPITOLO UNDICI 🎯

10.1K 588 35
                                    

PANG

Skyler terjatuh ke lantai dan bibirnya terluka akibat tamparan dari Hunter.

Jemarinya mengusap bibir yang telah mengeluarkan cecair merah.

"Awak.." Quinn Davieka mula ingin menenangkan Hunter namun lelaki itu menegah.

"Sekarang ni, cari si pendek tu sampai dapat. Aku tak kira apa pun jadi aku nak kau cari pendek tu sampai dia ada depan mata aku. Macamana kau boleh terlepas budak tu?!" Tengking Hunter. Tidak percaya bahawa Skyler boleh cuai dan menyebabkan Lily menghilangkan diri. Sedangkan selama ini Skyler adalah anak buahnya yang sangat berkebolehan dalam setiap bidang.

"Franky tu belum sembuh! Kalau dia tahu Lily hilang, dia akan cari pendek tu dan tangan dia takkan sembuh!" Marah Hunter lagi.

"Aku akan cari Lily." Ujar Skyler sambil menunduk sedikit. Hunter menghela nafas dan meraup muka.

"Jangan sampai Franky tahu Lily hilang." Pesan Hunter sebelum melangkah keluar. Skyler mengeluh perlahan.

"Macamana Lily boleh hilang? You ada buat apa apa ke?" Soal Quinn Davieka sambil melangkah ke arah Skyler. Skyler menggeleng.

"Habistu takkan dia nak menghilangkan diri secara tiba tiba? Tak logik."

"Its a long story, Davieka." Keluh Skyler bersama riak buntu. Di mana dia ingin mencari gadis yang tiada apa apa alat komunikasi yang membolehkan dia mengesan kedudukan gadis itu?

"Just tell me." Quinn Davieka mengecilkan mata ke arah Skyler.

***

"Dah nak maghrib ni. Jom balik, tak elok kita dekat luar waktu waktu macamni." Ujar atuk sambil bangun. Lily dan Skyler yang sedang berkebun itu juga turut bangun. Skyler menepuk nepuk seluarnya yang terkena tanah. Habis kotor pakaiannya.

"Jom awak, balik." Ajak Lily. Skyler tersenyum nipis dan mengangguk. Mereka bertiga mula berjalan ke rumah kayu milik atuk.

Langkah Skyler terhenti apabila melihat rumah kayu usang itu menyala nyala dan asap berkepul kepul di udara.

"Astaghfirullahalazim!" Atuk pantas melangkah masuk ke dalam rumah yang semakin marak dijilat api itu untuk menyelamatkan barang barang penting tanpa sempat ditahan oleh Skyler.

"Atuk!" Lily menjerit dan kakinya turut berlari namun lengannya dicengkam kemas oleh Skyler.

"Gila ke? Api besar tu jangan masuk!" Arah Skyler. Lily meronta.

"Atuk dekat dalam!" Bentak Lily sebelum dia meronta ronta dengan kuat. Skyler mengetap gigi.

"Biar aku masuk. Kau tunggu sini. Jangan masuk!" Pesan jejaka itu sebelum dia berlari masuk ke dalam rumah kayu itu. Lily mula mengalirkan air mata dan menggeleng.

"Atuk!" Tanpa menghiraukan amaran Skyler, dia berlari masuk ke dalam rumah.

Skyler mencari cari kelibat lelaki tua di dalam rumah yang dipenuhi asap itu. Hidung dipekup apabila asap semakin banyak.

Mata Skyler menangkap sekujur tubuh yang dibaham api bersama kitab AlQuran di dalam dakapan.

"Atuk!" Skyler cuba menyelamatkan lelaki itu namun jasad itu sudah tidak bernyawa dan sudah dimakan api bersama AlQuran.

Skyler terkaku.

"Atuk!"

Terus dia menoleh apabila terdengar suara Lily dari jauh. Pantas kakinya berlari ke arah gadis itu. Dia kena selamatkan Lily walau apa pun yang terjadi.

2 |   KNIGHT'S   [C]Where stories live. Discover now