CAPITOLO TRENTOTTO 🎯

9.2K 516 199
                                    

"Fuck!"

"Auchh!'

Terus Lily terasa tubuhnya ditolak kasar ke tepi sehingga tangannya terluka akibat tolakan itu. Dahinya juga terhantuk di sebatang pokok teduhan yang berdekatan disitu.

DEBUSHH

Hampir semua manusia di kawasan itu melopong dan terkejut apabila kereta putih yang hilang kawalan itu masuk ke dalam air tasik dan hancur seremuk remuknya.

Lily turut membulatkan mata melihat kejadian itu. Tidak boleh bayang jika dia masih berada di situ. Pasti dia akan mati hancur tanpa sempat diselamatkan.

Seketika, dia terkedu apabila haruman maskulin yang dikenali menerobos ke deria bau nya dan terus Lily mendongak memandang si jejaka yang menolaknya.

"Nak mati ke?! Dah tak sabar sangat nak masuk ke neraka?!" Marah Franky sambil matanya mencerlung memandang Lily.

Hampir gugur jantungnya melihat gadis itu hanya statik sahaja apabila kereta yang terbabas itu hampir merempuhnya.

Dia akan jadi gila jika Lily tidak dapat diselamatkan dan terkorban.

Lily terdiam dan masih memandang Franky. Macamana lelaki ini boleh tahu dia ke sini?

"Sini." Tangan Lily ditarik kasar dan Franky menolak Lily masuk ke dalam kereta. Lily mengetap bibir menahan rasa sakit akibat terluka di tangan apabila diperlakukan kasar sebegitu oleh Franky.

Tapi untuk bersuara juga, dia tidak berani. Takut melihat mood Franky yang bila bila masa sahaja boleh meletuskan lahar api.

Franky pula hanya diam sambil cuba menenangkan diri sendiri.

"Awak.."

"Shut the fuck up." Potong Franky dingin. Terus gadis itu terdiam.

Nak bernafas pun takut.

Setibanya di rumah, terus Franky keluar dan meninggalkan Lily di dalam kereta. Pantas Lily mengejar langkah Franky dan tangan jejaka itu ditarik apabila mereka tiba di ruang tamu.

"Awak, saya minta maaf." Ujar Lily satu nafas. Takut punya pasal.

Franky merentap tangannya dari pegangan Lily dengan kuat.

"Itu je lah yang kau tahu! Maaf, maaf! Suka ke tengok aku macam nak mati bila kau hampir kena langgar tadi? Kalau ya pun tak sayang nyawa sendiri, fikir sikit pasal aku! You knew I can't seeing you hurted lagi nak bahayakan diri sendiri!" Franky melepaskan segala yang terbuku di dalam hati. Memerah mukanya menahan marah.

Mata Lily kembali berkaca.

"I don't get it what the fuck is wrong with you. Selfish. Fikir diri kau sendiri je ada masalah. Kalau ada masalah apa apa, bincang dengan aku! Buat apa aku jadi suami kalau apa apa jadi, kau pandai pandai buat keputusan sendiri. Tak nak dengar apa yang aku nak cakap."

Franky menarik nafas. Kemudian dia berlalu ke dalam bilik dan pintu bilik dihempas kuat.

Tidak faham. Susah sangat ke Lily nak kongsi apa apa dengannya? Cuba berbincang dulu jika ada apa apa masalah? Bukan buat keputusan sendiri!

Lily di luar hanya memandang kelibat Franky yang masuk ke dalam bilik sebelum air matanya mengalir dengan laju.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik dan melihat Franky yang berbaring di atas katil dengan mata terpejam rapat.

Tapi dia tahu Franky hanya berpura pura tidur.

"Awak." Tangan Franky dicapai dan dicium. Air matanya menitis di atas tangan Franky yang dicium.

2 |   KNIGHT'S   [C]Where stories live. Discover now