SPECIAL CHAPTER 3

11.8K 544 348
                                    

"Putera umi." Lily mengambil anaknya yang gemuk itu setelah selesai memakaikan lampin. Pipi Noah dicium geram sambil hidung anak kecilnya digigit sedikit.

Noah terus tersenyum menampakkan dua gigi hadapannya yang baru ingin tumbuh. Matanya kelihatan bercahaya melihat si umi yang mendukungnya.

"Gemuknya awak ni. Makan apa?" Hairan juga Lily dibuatnya. Noah makan tidaklah banyak sangat. Sekadar makan nestum bayi dan susu. Itu sahaja tetapi gemuk lain macam.

Comel.

Noah terkelip kelip memandang si umi yang bertanya soalan begitu kepadanya. Tanya lah baba dia apa yang Franky dan sumbat pada anaknya sehingga Noah menjadi gemuk sebegini.

"Fatima!" Laung Lily sambil bangun dan mendukung Noah. Tidak lama kemudian, muncul seorang pembantu istana di hadapan pintu bilik mereka.

"Ya tuan puteri?" Soal gadis bernama Fatima itu.

"Boleh tolong suruh Khalil belikan susu Noah sekejap? Susu dia dah habis. Lepastu bancuhkan ya." Senyuman diberi pada si pembantu istana itu. Fatima menunduk hormat.

"Baik tuan puteri."

Fatima terus berlalu. Lily kembali memandang Noah yang membebel sesuatu dengan bahasa pelatnya.

"Awak cakap apa umi tak fahamlah Noah." Lily menggenggam tangan gebu Noah yang masih membebel. Tak padan dengan kecil.

"Aabaaa."

"Baba kerja. Nanti baba balik ya." Lily menggeleng kecil kerana Franky dan Noah seolah olah tapak kasut dengan lantai. Langsung tak boleh berenggang. Si bapa sibuk call tanya pasal anak, si anak sibuk panggil bapa yang sedang kerja.

Haih.

Noah terus memberontak geram apabila si baba tiada di sisi. Tangisannya mula bergema memenuhi segenap ruang bilik itu.

"Eh, ala putera umi janganlah macamni. Baba awak kena tolong papa Hunter dekat pejabat."

Memang mereka mengekalkan panggilan keluarga buat anak anak. Healy juga memanggil Franky sebagai 'baba Franky' dan 'umi Lily' untuknya. Noah juga diajar untuk memanggil Quinn Davieka dengan panggilan mummy Ika.

Noah terus menangis. Lily mencium anaknya itu. Ingin diberi susu darinya, susu dia juga tidak banyak sebab itu Noah diberi susu formula juga. Kalau susu hasil breast pump pun sikit.

"Shh shh sayang umi." Lily cuba mendiamkan Noah yang menangis dengan mendukung anaknya ke segenap ruangan bilik besar itu. Noah masih menangis inginkan Franky.

Akhirnya Lily mengambil telefon dan butang FaceTime ditekan.

"Assalamualaikum sayang." Lily tersenyum melihat wajah Franky yang terpapar di skrin telefon.

"Waalaikumussalam little girl. Kenapa ni? Eh, kenapa menangis tu?" Soal Franky melihat wajah Noah yang kemerahan akibat menangis.

"Dia nak awak. Tengok tu ha, nampak muka awak terus diam dia." Lily melihat Noah yang kembali diam dan merenung wajah si baba melalui skrin telefon. Franky tergelak.

"Hey. Rindu baba ya? Nanti lunch baba balik buat adik baru okey?"

"Awak!!"

"What? Bagus apa tak adalah Noah sunyi nanti tak ada orang nak bermain. Kita buat anak ramai ramai." Kenyitan diberi pada Lily sehingga wajah Lily bertukar kemerahan kerana malu.

"Tengokla tu baba yang Noah suka tu. Tak senonoh!" Kutuk Lily membuatkan tawa Franky terletus. Noah terus melompat suka di dalam dukungan Lily sambil tangan cuba menggapai telefon Lily.

2 |   KNIGHT'S   [C]Where stories live. Discover now