•bab 25•

141 16 25
                                    

"TUANKU"

          SAHUT Nathan sambil menundukkan tubuh, memberi rasa hormat.

"Erm" balas Raja Syeikh Luthfan bersama anggukan kecil, dia menyelesakan diri di atas kerusi halaman istana. Tengah bersiap sedia untuk berangkat ke acara perasmian, masa yang berbaki ini diambil untuk bertemu dengan orang kuatnya itu.

"Kau tahu kehadiran kau di istana ni?" Soal Raja Syeikh Luthfan, cuba memulakan perbualan.

"Sudah, Tuanku. Saya telah dimaklumkan oleh Setiausaha Diraja pada tiga hari lepas" balas Nathan dengan teratur, tubuhnya kemas menghadap baginda.

"Bagus, jadi aku tidak perlu untuk menerangkannya berulang-kali" secawan kopi panas yang terdapat di atas meja itu dihirup perlahan, suasana sejuk pada pagi itu mulai mencengkam tubuh. Dia menghembuskan nafas lega, kepanasan yang dirasai menghangatkan tubuh badan.

"Aku perlukan kemahiran kau sebagai bantuan di Kerajaan Nawrilia, mereka sedang menghadapi detik sukar ketika ini" ujar Raja Syeikh Luthfan dengan pandangan tegas, jelas kelihatan muka mendatar yang serius itu.

"Baik, Tuanku" sahut Nathan, patuh.

"Memandang Kerajaan mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kita, oleh itu pertolongan mereka hendaklah dibaals dengan seadilnya. Bagaimana bantuan yang mereka pernah berikan, sebanyak itulah balasan yang mereka layak perolehi" Kerajaan Nawrilia adalah satu-satunya Kerajaan yang berdiri teguh dalam saingan 10 Kerajaan terbaik, dan perkara itu termasuklah Kerajaan Versailles. Kepimpinan dan kewibawaan Raja tersebut berjaya untuk mewujudkan satu empayar berkemahiran tinggi dan sering dipandang kagum, oleh kerana itu Kerajaan Nawrilia sering menjadi contoh terbaik Kerajaan lain.

Namun saat ini, Kerajaan yang dahulunya berdiri teguh kian kecundang kerana perbuatan khianat Kerajaan lain. Oleh itu, dia dengan berbesar hati ingin menghulurkan bantuan.

"Saya akan laksana amanah ini dengan sebaiknya, Tuanku" sungguhpun dia mempunyai pelbagai sebab untuk membantah, namun arahan Diraja wajib untuk dilaksanakan. Nathan mulai dihurung rasa dilema, segala perkara mulai bermain di mindanya.

"Lindungi Kerajaan itu seperti mana kau melindungi Kerajaan sendiri, rakyat sana sedang menghadapi detik sukar. Aku sudah sediakan semuanya, sekarang ni aku cuma perlukan kemahiran kau untuk melindungi Kerajaan itu" arah Raja Syeikh Luthfan tegas, tanda-tanda letupan sebelum ini sudah mula berleluasa. Rakyat semakin terdesak malah Kerajaan itu semakin bertambah darurat. Segala kemajuan hilang dan segala keperluan hancur, sudah tiada sisa yang tinggal di Kerajaan itu.

"Saya dan seluruh anggota akan melindungi Kerajaan Nawrilia sepenuh hati kami, rakyat akan dilindungi dan Kerajaan itu akan kami perkukuhkan kembali" patuh Nathan tekad, nawaitu sudah lama tertanam di dalam diri. Kerajaan Nawrilia memerlukan bantuan segera, jika terlambat berkemungkinan Kerajaan itu akan hancur sepenuhnya.

"Arahan ini bukan mudah Nathan, kadangkala perkara ini boleh memakan masa. Jadi jaga keselamatan kau dengan sebaiknya, berkemungkinan juga Kerajaan mereka akan menghadapi letupan kedua" kata-kata Raja Syeikh Luthfan semakin mencengkam hatinya, bagaimana dia ingin memberitahu semua orang?. Terutamanya Mawar, wanita yang sedang menunggu kedatangannya untuk melafazkan akad.

"Doakan perjalanan saya sepanjang ke sana, Tuanku" pinta Nathan tanpa nada, dia hanya menayangkan keadaan seperti biasa. Segala perasaan dipendam dalam satu jiwa.

"Sentiasa, kau adalah keutamaan kami semua. Doa aku dan rakyat akan mengiringi setiap perjalan kau" ujar Raja Syeikh Luthfan, memberikan kata-kata semangat, kedatangannya tidak boleh diberikan sekali kerana kekangan waktu yang padat. Dia hanya mampu menghantar anggota dan Nathan sebagai wakil, salam cuma mampu diberikan dari jauh.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now