"MAWAR, jom sarapan sayang. Semua dah ada kat bawah" ketukan pintu bilik itu diiringi suara Ibu Ayana, tidak lama kemudian wajah ibunya itu mulai menyapa mata. Dia tersenyum kecil tatkala ibunya itu melabuhkan duduk di sisinya.
"Termenung apa sayang, kenyangkah duduk diam je?" Gurau Ibu Ayana lalu mengusap rambut anaknya penuh sayang.
"Nanti Mawar turun, ibu makanlah dulu" balas Mawar bersama sengihan kecil. Bukan apa, dia tidak terasa lapar lagi.
Ibu Ayana tersenyum segaris memandang anaknya, ini tidak lain tidak bukan pasti memikirkan khabar bakal suami yang berada di sana. Bukan sehari dua Mawar begini, tetapi sejak pemergian Nathan ke negara luar lagi anaknya mendiamkan diri begini. Ada kalanya mulut murai itu kecoh, ada kalanya dia akan sunyi. Banyak betul penangan orang muda zaman ini, aduhai.
"Tak nak cerita pada ibu? Mana tahu resah pada hati tu kurang" pujuknya bersama usikan, tangan anaknya dipegang kasih lalu diusap sayang.
Usikan itu mewujudkan tawa kecil di bibir Mawar. Wajah ibunya itu dipandang lama, wanita itu seperti tahu-tahu sahaja isi hatinya ini.
"Mawar okay" pujuk Mawar, dia tahu ibunya itu risau dengan keadaanya. Namun bukannya dia kelihatan seperti orang putus cinta sehingga tidak makan dan minum, cuma hatinya ini terasa sedikit kosong tanpa penghuni. Maklumlah, tuannya sudah lama tidak memberi khabar.
"Cuba pandang situ" tunjuk Ibu Ayana ke arah sesuatu.
Serentak itu kepala Mawar turut mengikut, matanya hanya disajikan dengan sepasang baju pengantin yang tergantung kemas di sisi almari.
"Seminggu dari sekarang, Mawar akan jadi isteri orang. Jadi Mawar kena pandai jaga diri dari sekarang, jangan biarkan perasaan tu terlalu menghukum diri" nasihat Ibu Ayana bersama usapan lembut di tangan anaknya, dia menggenggam erat tangan Mawar. Sebagai ibu, dia turut merasakan perkara yang sama dari anaknya. Tipulah jika firasat ibu selalu tiada, jujur dia katakan hati tuanya itu turut terasa sama.
Mawar sekadar tersenyum nipis. "Dia datangkah ibu?" Hanya persoalan itu yang sering bermain di mindanya, dia percaya dan akan menunggu. Tetapi kadangkala permainan syaitan itu sering menghasut minda, dan akhirnya melawan segala pemikiran positifnya.
"Apa pula kata macam tu" tegur Ibu Ayana, tidak suka.
"Dia tipu Mawarkah? Dia nak kahwin dengan Mawar cuma sekadar simpati dan kesian dengan perkara yang sebelum ni?" Persoalan Mawar itu mendapat tepukan lembut dari ibunya, dia sedar kata-katanya itu seperti mempersoalkan takdir Tuhan namun dia tidak boleh berhenti dari memikirkannya.
"Mawar, tak baik kata macam tu. Cara Mawar ni sama seperti tak menunjukkan rasa kepercayaan pada Nathan tau" ujar Ibu Ayana bersama nada tegas, dia tidak suka dengan budi bicara anak perempuannya ini. Seperti sudah pasrah dan mengala, bukan ini yang dia mahukan sepanjang penantian Mawar.
"Sampai sekarang Mawar langsung tak dengar khabar berita dia, kalau dia jujur dia akan bagitahu Mawar semuanya" luah Mawar dengan perasaan yang masih bersisa. Tipu jika dia kata dia tidak percayakan Nathan, kerana percayalah dia bersetuju untuk menerima lamaran lelaki itu. Namun dia tidak mampu menahan rasa sedihnya, satu ayat mahupun satu perkataan dari lelaki itu pun masih belum menyapa gegendang telinganya. Bagaimana dia tidak terasa?.
"Apa yang buatkan Mawar fikir macam tu?" Soal Ibu Ayana pula.
"Nathan terlalu banyak berahsia dengan Mawar, dia tak nak kongsi apa-apa pun" luahnya kecewa.
"Selepas ini kan Mawar akan hidup berdua dengan dia, mestilah dia akan berkongsi semuanya" pujuk Ibu Ayana, ingin menyejukkan hati anaknya. Dia tahu Mawar sudah dibelitkan dengan berbagai pendapat, ada yang negatif dan ada yang positif. Cuma anaknya masih keliru dengan perasaan sendiri.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...