•bab 35•

121 13 6
                                    

          "I MET HER, a few month ago... in a car" kedengaran tawa kecil Nathan dihujung ayat. Dia memandang tunak wajah yang tersenyum manis itu, tidak sangka dengan pertemuan mereka yang bakal bersambung dengan pernikahan.

"Tapi bukan tangkap basah" nafinya segera, salah cerita nanti.

"By accident, she got into my car" Mawar tersengih tidak bersalah mengenangkan perkara itu, akal warasnya hilang dek tiupan shopping.

"Nathan dan Mawar mula berkenalan, atau lebih kepada bercakaran dan bergaduh. And time after time, we got married" ujar Nathan bersama senyuman kecil, seronok membuka kisah kepada kedua ibu bapanya yang telah dijemput Ilahi. Sungguhpun begitu, dia masih menghadirkan diri ke sini untuk meluah dan bercerita.

"Her name is Bunga Mawar Maylea, you can call her Maw--"

"Menantu kesayangan" sengih Mawar, dia tertawa kecil membalas pandangan suaminya.

"Bolehlah juga" balas Nathan setuju tidak setuju, sengaja ingin mengusik.

"Ummi boleh panggil Mawar sayang kalau ummi nak" gurau Mawar, turut rancak berbual walaupun dia sedar hanya sunyi sepi yang membalas gurauannya. Batu nisan yang telah basah disiram itu diusap lembut, seolah-olah merasai perasaan suaminya tatkala ini.

Akhirnya tawa Nathan terhambur, pandai jelah minah ni nak mengayat pun.

"Aku je boleh panggil macam tu" gurau Nathan semula, lapang dadanya melihat penerimaan Mawar ketika ini.

Mawar tersenyum sebelum wajahnya tiba-tiba berubah riak, seolah-olah teragak-agak ingin mengatakan sesuatu.

"You can ask anything" balas Nathan, sedar dengan riak isterinya itu.

"Erm, tak apakah?" Soalnya ragu-ragu, tidak mahu mengguris hati suaminya itu.

"Since when you're being so polite?" Soalannya itu mengundang satu pukulan kecil di bahunya, pantas dan tepat sahaja tangan Mawar melepaskan sasaran.

"Saya nak jaga hati awak tau!" Balas Mawar dengan sedikit rajuk, suaranya sengaja dikecilkan. Terasa.

"Iyalah, apa dia?" Malas mahu bermain-main, silap haribulan kuburnya pula yang ditanam dekat sini.

"Erm, macam mana Ummi dan Walid pergi?" Soalan itu sedikit sebanyak menyentuh hati lelakinya, senyuman yang terukir itu mulai pudar namun dia cuba mengawal riaknya.

"Kenapa tanya macam tu?" Soal Nathan semula.

"Saya cuma nak tahu, sebab iyalah. It's take time to recover back, right?" Balas Mawar berhati-hati, kalau boleh dia tidak mahu menambahkan lagi rasa sedih lelaki itu. Tetapi dia ingin tahu, kerana Nathan nampak sangat kuat dimatanya.

"Once upon a time--"

"Nathan" potong Mawar dengan rasa menyampah, suka jadi bebal tau dia ni.

"Okay okay. Kau tahukan, aku bekerja dengan Diraja?" Soal Nathan.

Mawar menganggukkan kepalanya, dia masih ingat lagi kedatangan Tuanku di hospital waktu itu.

"Kalau tahu baguslah" henti Nathan sekerat jalan, dia cuba bangkit dari duduknya namun ditahan.

"Sakit sakit!" teriaknya tatkala terasa satu cubitan ketam di perutnya.

"Jangan nak main-main boleh, kita depan kubur arwah ibu bapa awak tau. Jangan nak menipu, berdosa" amik kau, tadah telinga terima ceramah Puan Mawar. Suka hati mahu dibuat main ditempat hormat.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now