•bab 39•

157 13 6
                                    

            "BABY" panggil Nathan sebaik sahaja melangkah ke bilik, keningnya terangkat sebelah tatkala tiada sebarang respon yang membalas panggilannya.

Dia melangkah ke arah katil. Ha, ada gula-gula busuk. Tubuh yang berbalut selimut itu dihampiri.

"Dah lewat pagi ni, abang nak pergi kerja" ujar Nathan sebaik sahaja melabuhkan duduk di sisi katil, tubuh yang berbalut itu diusap lembut.

Letih sungguh, lepas subuh tadi terus sahaja terlelap semula. Jika tidak, pagi-pagi lagi Mawar sudah berperang di bawah.

"Panasnya" gumamnya ketika menyentuh pipi gebu itu, lembap kehangatan.

"Baby demamkah? Sayang ada rasa menggigil tak?" Soalnya risau, tiba-tiba pula suhu isterinya naik pagi ini. Semalam okay sahaja.

Dia tersenyum nipis tatkala melihat gelengan kecil itu, masih boleh respond rupanya.

"Kalau macam tu aku biar jelah, nanti dah elok pandai-pandai jaga diri" balasnya selamba.

Ketika itu kedengaran suara kecil Mawar, memarahinya. Dia tertawa kuat.

"Ha, jujur. Orang tanya elok-elok, nak menipu" tawanya. Tahu pula nak marah, ingatkan rasa garang tu dah hilang dah.

"Mana ada orang tipu, betullah" gumam Mawar seakan-akan berbisik, letih.

"Ada terjun bangunan ke semalam? Telan water heather kah? Kau buat apa semalam sampai panas macam ni?" Soalan itu berjaya membuat wajah Mawar berona merah, dia menutup seluruh wajahnya menggunakan comforter. Malas mahu memandang wajah suaminya.

"Berambus" balasnya selamba.

"Salahkah soalan aku? Buat apa sampai demam ni?" Soal Nathan lagi, sengaja.

"Abanglah buat" gumam Mawar namun hanya samar-samar sahaja di pendengaran suaminya.

Dahi Nathan berkerut, apa dia kata?. "Makan ubat kuat?" Kalau tidak silap, itu yang dia dengar.

"Bukan!" Jeritan itu kedengaran kuat dibalik comforter. Semakin meletuskan tawa suaminya yang sedari tadi ditahan.

"Abang amik half day hari ni, makan dulu nanti abang panggil Gween atau Nubhan datang rumah" pakkal sahajalah, memandangkan kedua orang sahabatnya itu merupakan ahli medical in army.

"Tak apa, pergilah kerja" tolak Mawar.

"Baby" Nathan menyelak comforter yang menutup wajah isterinya itu. Dia tersenyum memandang wajah kemerahan yang kepanasan itu, hidung itu juga sudah bertukar menjadi tomato ceri. Merah.

Dah tahu demam, pergi panaskan badan tu lagi.

"Nanti dah siap, abang pergilah kerja" tangannya naik mengusap wajah yang lembap dengan peluh itu, rambut panjang isterinya diselit ke belakang telinga.

"Nak makan dulu?" Soal Mawar, perlahan. Cuba menahan rasa malunya yang sudah menggunung itu.

"Makan kau? Nak" Pap !  Tamparan kuat menyapa dada Nathan.

"Gatal" Mawar menarik comforter semula namun ditahan oleh suaminya.

"Panas, sayang. Berpeluh nanti" ujar Nathan lembut. Comforter itu ditolak jatuh ke bawah, menyerlah tubuh isterinya yang bersarung baju t-shirtnya. Terasa jatuh hati berkali-kali apabila melihat tubuh kecil itu kelihatan comel menyarung bajunya  separas peha.

"Apa tengok-tengok?" balas Mawar, garang.

"What? Mawar yang salah pakai macam ni, nak garang dengan abang pula" usik Nathan, suka melihat wajah yang kemerahan. Tambah-tambah lagi dengan demam, habis semuanya bertukar merah. Lebih-lebih lagi pipi dan hidung itu, memukau sungguh.

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now