"HEY"
TIDUR Mawar terganggu tatkala pipinya diusap lembut, dia menggumam perlahan. Siapa pula yang ganggu ni?.
"Hey, tiga suku" kejut suara itu lagi.
"Erm" gumamnya malas, dia ingin menutup wajahnya dengan bantal namun dihalang, malah bantal itu diambil dan dibaling entah kemana. Kacaulah!.
"Bangun, Mawar" kali ini hidungnya pula yang dicuit, dia menepis sakit hati. Orang nak tidurlah.
Dia merengus tatkala bibirnya dicubit lembut, tangan itu ditolak dengan rasa tidak puas hati bersama mata yang terpejam. Badannya terlalu letih untuk bergerak ataupun melawan, tubuhnya terasa seolah-olah ditikam-tikam tatkala dipaksa bergerak seperti ini.
Nathan melutut di sebelah isterinya, dia tersenyum nipis. Kesian melihat Mawar yang terbaring tidak selesa di sofa hospital itu, itulah dia tempat tidur utamanya sepanjang menjaganya di hospital. Bila disuruh tidur kat rumah tidak mahu, hendak juga menjaganya di situ. Dalam baik ada degilnya juga.
"Kenapa penat sangat ni?" Soal Nathan dengan tawa kecil, terhibur dengan tindakan gadis itu.
"Jangan kacaulah" marahnya, geram. Aku sepak karang, lantaklah siapa pun, aku tendang je.
Nathan merenung wajah itu dengan leka, tatkala itu spontan tangannya mengusir rambut panjang Mawar ke belakang telinga. Pertama kali dia melihat wanita itu tanpa tudung, mungkin kerana mereka sering berada di hospital menjejaskan kebebasan wanita itu untuk membuka auratnya. Bila-bila masa sahaja orang tertentu akan masuk.
Namun tatkala ini termampang pula, mungkin Mawar hanya membukanya ketika tidur. Maklumlah, wanita itu hanya akan lena selepas memastikan dia tidur. Dan dia akan sedar apabila dikejut oleh Mawar. Memang tiada peluang.
Tetapi sekarang ada, Nathan tersengih jahat. Dia mendekatkan wajahnya dengan senyuman nakal di bibir.
Ketika itu Mawar terasa satu hembusan hangat di pipinya, dia berkerut perlahan. Datang mana pula haba air fryer ni?.
"Sayang" panggil Nathan lembut, dia memandang suka wajah yang hanya berjarak beberapa inci itu. Ini kalau aku buat apa-apa, tak peduli agaknya.
"Saya tampar awak kang, berambuslah" marah Mawar lagi, tangannya dihayun malas ke hadapan namun tidak mengena wajah Nathan. Dia mengalihkan posisi baringannya ke kanan, tanpa sedar sehingga kedudukan wajahnya benar-benar seinci sahaja dari wajah Nathan.
Nathan terkedu. Dia memandang wajah manis itu dengan mata yang terkebil-kebil, bibir Mawar yang hampir bersentuhan dengan bibirnya itu dipandang dengan penuh minat.
Ehem. Dalam kes ni, aku tak boleh dipersalahkan.
"Kalau aku dapat ni" gumamnya sambil memandang bibir mungil itu.
"Bisingnya" tegur isterinya. Nathan menjongket kening mengusik, aku tebar kau dalam jamban satgi. Lemas kau dalam tu.
"Bangun, perempuan. Dah nak masuk subuh dah ni" kejutnya sedikit kuat, makin aku bisik makin lentok dia nanti. Maklumlah, suara kalah Justin Bieber.
Dia mencebik tatkala tiada sebarang respon dari isterinya, memang tidur sungguh ni.
Aduhai.
Semakin lama semakin tertarik pula dia melihat bibir mungil isterinya itu, tak salahkan jika dia ter-cium?.
Sedar tidak sedar wajahnya mulai mendekat, tangan mulai naik memegang penghadang sofa yang menjadi tempat lena isterinya. Wajahnya mengukirkan senyuman kecil, rezeki. Seinci sahaja lagi--
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇
Teen FictionUNDER FLOWER KING SERIES : Raja Syeikh Lais. Utusan yang dititipkan oleh Istana Versailles. Berkedudukan di dalam istana menguji setiap sudut soal pendirian yang dia kecapi, takhta dan rakyat sering menjadi tumpuan di dalam setiap segi. ...